Tuan Suami! Bab Poligami Jangan Buat Gurauan, Sebab Hati Isteri Bukan Bahan Ujikaji
Gambar sekadar hiasan / kredit foto : Drama Cemburu Seorang Perempuan

Bab poligami jangan buat gurauan. Perkataan itu terlalu sensitif untuk didengar apatah lagi menembusi telinga nipis isteri.

Bunyinya mudah, tapi kesannya besar. Sebab itu, mana-mana isteri pertama takkan sanggup dengar perkataan keramat itu keluar dari mulut suami.

Minta jauhkan Ya Allah.. walaupun ianya cuma gurauan manja suami untuk isteri tercinta. Sakitnya menusuk ke jiwa.

Benarlah seperti apa yang Bonda Nor kongsi ini. Gurauan tentang suami mahu menikah lagi ini boleh membawa rajuk hati berbulan lamanya. Walaupun cuma bergurau, kesannya makan dalam.

Suami Ajak Ke Pejabat Agama, Dia Nak Nikah Lain

Subuh itu, apabila saya on saja handphone, terus terbaca mesejnya.

Bonda, suami baru bagitau tadi, Rabu ni dia ajak saya pergi Pejabat Agama. Dia nak nikah lain.”

Allah. Berderau darah! Apa cerita pulak ni?

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba suaminya nak kahwin lagi?

Isk!

Mood saya swing terus pagi tu. Iyalah. Kami agak rapat juga. Maka, cubit paha kiri, paha kanan sama terasa peritnya!

Saya taip beberapa patah kata untuk reply mesej tersebut. Tapi, delete.

Saya cuba pula dail no telefonnya. Tapi, saya tekan off.

Serba tak kena.

Akhirnya saya putuskan untuk diam tanpa respons.

Orang Baru Ditimpa Musabah Ni Kadang Tak Rasional..

Benda tengah panas. Biarlah dulu. Biar dia tenangkan hatinya itu.

Yelah, orang baru ditimpa ‘musibah’ ni kadang tak rasional. Saya takut dia mengamuk atau keluarkan kata-kata yang boleh mendatangkan dosa.

Takpe. Ambil tempoh bertenang.

Esoknya, baru saya call.

Dia memang ada orang lain ke sebelum ni?”

Takde, bonda. Memang setahu saya takde. Saya tanya nama perempuan tu pun, dia tak nak bagitau saya. Katanya, nanti jumpa kat mahkamah je. Lepas saya sign borang, diorang nak terus nikah.”

IKLAN

Haih.. menggelegak juga hati. Apa cerita pula ni! Main paksa-paksa macam orang tak tahu langsung ilmu psikologi! Geram pulak saya.

Tapi dalam pada geram dengan perangai si suami, saya turut terkagum dengan respons si isteri.

Bagusnya sahabat tadi, bila suaminya kata nak nikah lagi, dia tak mengamuk langsung tentang perempuan yang mahu mengambil suaminya. Dia langsung tak kutuk apa-apa.

Tapi dia sibuk buat muhasabah diri. Dia cuma sebut berkali-kali tentang layanannya pada suami yang mungkin terkurang di mana-mana.

Subhanallah!

Tiada nasihat mampu saya berikan. Cuma menawarkan telinga untuk mendengar. Cuma mampu menyuruhnya bertenang dan bersabar.

Panggilan ditamatkan.

Hal Poligami Ini, Silap Cakap.. Kami Pula Yang Bertempur

Siapa, yang?” suami saya pamer wajah hairan. Maklumlah, saya sangat jarang buat panggilan atau jawab panggilan. Jika tengok saya bersembang dengan phone, tentu penting. Dan memang, ini kes penting!

Kawan. Suami dia nak kahwin lain.”

Suami menggeleng. Tidak menunjukkan minat mahu masuk campur. Maklumlah. Hal poligami. Silap cakap karang, kami pula yang bertempur.

Rabu tiba juga.

Hari Rabu kali ini bukan saja hari yang mendebarkan buatnya. Bahkan buat saya!

Dalam sibuk dengan pelbagai urusan, hati saya tetap tertanya-tanya. Mereka dah ke mahkamah ke? Apa terjadi agaknya?

IKLAN

Tapi saya diamkan diri. Tak nak busy body.

Dan malam itu, saya terima mesej daripadanya.

Bonda.. saya dah tahu siapa bakal isteri dia!
.
.
.
.
.
.
.
Motor baru.

Alhamdulillah..ingat betul-betul suami nak kahwin lain.
Penat daku merajuk, menangis & kecewa. Dia kenakan saya. Cis!”

 

Tuan Suami! Bab Poligami Jangan Buat Gurauan, Sebab Hati Isteri Bukan Bahan Ujikaji

Tuan Suami.. Hati Isteri Jangan Dibuat Bahan Ujikaji

Saya tarik nafas panjang. Ketap bibir.

Elok saja si isteri ketawa ya? Dah, kenapa aku yang panas dibuatnya?

Cis! Cis! Dan Cis!

Tapi saya tahu, setenang mana pun si isteri cuba berdepan situasi ini, berkocak juga hatinya. Hancur berkecai juga bila hal-hal seperti ini dijadikan gurau senda.

Okey.. orang lelaki, tuan-tuan suami yang sayangkan isteri, ini saya nak pesan ya.

Bab poligami ni jangan buat bahan gurauan. Hati isteri jangan dibuat bahan ujikaji.

IKLAN

Tuan tengok isteri senyum, ketawa, macam boleh terima tapi tuan tak tahu apa ada dalam hatinya. Rabak. Hancur. Hilang rasa percaya. Sarat prasangka.

Ya, poligami tak salah tapi poligami juga tak mudah.

Kalau Tak Cukup Satu, Mana Mungkin Cukup Dua

Kalau tak terdesak, tak payahlah. Satu pun kadang tak mampu handle, buat apa nak tambah-tambah masalah?

Kalau tak cukup dengan yang satu, mana mungkin cukup dengan yang dua? Allah… dunia ni kan macam air laut. Makin diminum, semakin haus. So please, hati-hati buat keputusan.

Poligami bukan boleh dicuba-cuba sehari dua. Nak harung seumur hidup segala beban ujiannya!

Kalau dah takdir, itu lain cerita. Betul. Memang ada yang dah cuba mengelak macam mana pun, terperangkap juga. Nak buat macam mana.

Tapi, nak pesannya, selagi boleh elak, elakkanlah.

Ini Sebab Isteri Pilih Setia Dengan Suami

Isteri bersama suami kerana 2 sebab.

Cinta.

Dan tanggungjawab.

Betul. Isteri, yang sudah terhentak hatinya mungkin masih boleh kekal bersama suaminya.

Tapi ingat, itu mungkin cuma kerana tanggungjawab.

Bukan lagi kerana cinta.

Cinta kalau sudah tiada, hilang sudah satu nikmat kemanisan rumahtangga bila isteri tidak lagi sudi bermanja-manja.

Akhirnya rumahtangga menjadi boneka belaka.

Betapa sayangnya!

MW : Sebenarnya, banyak benarnya pesan Bonda Nor ini. Sebab itulah wahai suami sebelum bergurau fikirlah perasaan isteri itu. Bila dah terasa hati, merajuknya panjang. Silap-silap gelang emas jadi pengeras sebagai merawat luka.. eh!

Sumber/Foto : Bonda Nor

.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI