PKP 4 Negeri Dilanjutkan Sehingga 4 Mac, Pergerakan Melebihi 10KM Dibenarkan!

Share

Pengumuman terkini, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat pada 18 Februari depan dilanjutkan sehingga 4 Mac.

Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya Dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 19 Februari hingga 4 Mac 2021.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan di seluruh negeri Perlis berkuatkuasa 19 Februari hingga 4 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Pergerakan Lebih 10KM Dibenarkan

Sementara itu pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibatalkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri. Menurutnya, keputusan kebenaran pergerakan melebihi 10 km radius itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Baca Lagi Di Sini:

‘Setiap Pagi KAKAK Kemas, Mop, Jaga Adik’ Leganya Ibu Berpantang Dalam PKP

MW: Harap semua maklum dengan pengumuman terbaru ni. Perintah Kawalan Pergerakan di 4  buah negeri dilanjutkan sehingga 4 Mac, manakala pergerakan melebihi 10KM kini dibenarkan. Sama-samalah kita berusaha jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN