petua kolestrol

Macam-macam cara boleh diusahakan sebagai ikhtiar bagi menurunkan kadar kolestrol dalam badan.Selain menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan berlemak serta mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, salah satu cara yang boleh dicuba ialah dengan mengamalkan air rendaman kacang bendi.

Petua ini dikongsikan oleh Erika Khoriawati sebagai panduan;

“Kacang Bendi mempunyai banyak kelebihannya.Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol.Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun.Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.”

“Selain membantu menurunkan kadar kolestrol,Kacang Bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi.Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!”

Bahan-Bahan:

10-15 batang Kacang Bendi
1 liter Air

IKLAN

Cara Penyediaannya:

1. Basuh Kacang Bendi dan potong kecil.
2. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.


4. Simpan di dalam peti sejuk.
5. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.

IKLAN

IKLAN

Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.

Cubalah. Semoga bermanfaat.

Antara khasiat kacang bendi lain adalah seperti berikut:

  • Mencuci hati.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  • Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.

Sumber: Erika Khoriawati