sembelit

Sakitnya bila kena sembelit, perut rasa memulas-mulas tapi sukar nak membuang. Sudahnya berjam-jam dalam bilik air menanggung sakit. Lebih kasihan bila anak kecil yang kena sembelit.

Menurut perkongsian tips oleh Puan Liza Salleh, ada petua mudah lagi sihat dan berkhasiat yang wanita ini sering amalkan bagi mengatasi masalah sembelit. Selepas mengamalkannya pencernaan lebih lancar dan lebih mudah membuang, malah juga sesuai untuk anak-anak kecil.

Berikut antara perkongsian wanita ini;

“Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancar membuang”.

“Oh ya, untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau. InsyaAllah boleh legakan sembelit”.

Saya tak suka sembelit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.

Bahan-Bahan:

7 Biji Buah Prunes
7 Biji Anggur Hijau
1 cawan air masak
1 kotak susu segar

Cara Membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan kedalam mesin pengisar.

2.Kisar sampai hancur/ halus.
3.Tuangkan dalam cawan dan boleh terus diminum.

Semoga bermanfaat!

Posted by Liza Salleh on Tuesday, 23 October 2018

Jadi buat mak-mak atau ada anak-anak yang mengalami masalah sembelit atau sukar buang air besar ni, boleh lah cuba tips yang dikongsikan ini. Bukan sahaja sedap, tapi membantu melancarkan proses pencernaan dan penghadaman dalam perut.

Sumber: Liza Salleh