Petua Lama Dari Bahan Dapur Legakan Sakit Tekak, Salah Satunya Guna Kayu Manis Ceylon

Share

Sakit tekak ini datangnya macam ribut, perginya macam siput. Kalau tak kena ubatnya memang ambil masa nak sembuh. Apa kata cuba rawat sakit tu dengan bahan dapur guna petua orang-orang lama.

Baca perkongsian dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II

tentang melegakan sakit tekak dengan bahan dapur.

Bahan Dapur

1 ulas bawang putih diketuk

2 Halia sebesar ibu jari diketuk

1 sudu besar halba

1 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)

7 helai daun pudina

Madu

Secubit Garam bukit

1 hirisan lemon

Air 450ml

Cara Membuat

1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih

2. Tutup api

3. Tapis masukkan dalam cawan

4. Perah 1 hirisan lemon

5. Masukkan 1 sudu besar madu

6. Masukkan secubit garam bukit

7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan

Amalkan

Minum sehari 2 kali.

In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.

Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”

Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Sumber/Foto: FB Sarifa Redzuan II (Petua dan amalan orang lama) via Mingguan Wanita

IKLAN