jaga rahim

Rahim merupakan lambang kewanitaan yang perlu dijaga sempurna. Penjagaan rahim yang betul dapat mengelakkan ia dari ditimpa penyakit serta membolehkan rahim berfungsi bagi melahirkan zuriat.Namun ketika ini, semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan berkaitan rahim. Atas faktor ini, Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat membuat perkongsian berguna ini khusus buat wanita.

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mudghah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umurnya 120 hari.

Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Tapi rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara-Cara Menjaga Rahim

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga seperti ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab.

2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy).Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Diantaranya;

Perkongsian Cara Penjagaan Rahim Oleh Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

IKLAN

Makanan yang bertindak sebagai anti estrogen
Makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan-bahan lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.

Makanan tersebut adalah Buah delima/promagenate,brokoli, kobis, kobis bunga, bak choy, lobak putih,Minyak zaiton,Cendawan, Anggur merah dan biji,Oats,Teh hijau,Buah sitrus- lemon,limau nipis, limau gedang,kekacang, badam, walnut, gajus yang tidak dipanggang,bawang merah,Kunyit,Spirulina, Chorella, Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad,Minyak kelapa dara,Bawang putih, Kucai dan saderi,Berries-blue berries, black currant, Maca, Fax seeds dan Makanan yang melalui proses penapaian seperti yogurt, tapai dan kimchi.

4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon

Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor-faktor ialah tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
Mula dari kanak-kanak

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak

Sering kali anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan.

Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita. Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

IKLAN
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja

Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar disekolah, kolej dan universiti berasrama.

Perkongsian Cara Penjagaan Rahim Oleh Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat

Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7.Didik Remaja Jaga kehormatan Diri

Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8.Banyakkan zikir dan selawat

Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau ‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.

IKLAN

Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah / melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

9.Makan makanan bantu penjagaan rahim

Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya nenas yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

Perkongsian Cara Penjagaan Rahim Oleh Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat

Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain. Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Sumber Facebook :Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI