Perjalanan Jauh, Pandu Seorang Diri Setkan ‘LIVE LOCATION’ Di WhatsApp!

Share

Ada sebabnya bagi perjalanan jauh dan memandu seorang diri seeloknya setkan masa ‘live location’ di whatsapp dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat.

Bukan apa, memandu adakalanya memang cukup meletihkan, lebih-lebih lagi jika jarak perjalanan jauh dan memandu seorang diri. Lebih membahayakan apabila kawasan yang dilalui merupakan kawasan terpencil atau sunyi.

Ini kerana malang tidak berbau, semoga ia dapat memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kemalangan mahupun kejadian yang tidak diingini.

Baca perkongsian menarik dan berguna daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
ini sebagai panduan;

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan.Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dsb).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemasikini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp. Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live(ikon pin bergerak).

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga dipermudahkan perjalanan, dan dilindungi dari musibah.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
#NotaKesihatanDrKamarul

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: CARA Selamatkan Diri Bila Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai Atau Tasik

Artikel Menarik: Microsleep, 2 Saat Membunuh! Bahaya Terlelap Sewaktu Memandu

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat yang sering memandu seorang diri, dalam perjalanan jauh seeloknya guna ‘live location’ di WhatsApp ini dan kongsikan dengan keluarga mahupun rakan terdekat. Bukan apa, malang tidak berbau semoga ia memudahkan urusan nanti bagi mengenal pasti dan mengesan lokasi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

IKLAN