Perempuan Kalau Dah Marah, Tolak RM750K Bekas Suami Nak Beli Rumah Nama Bersama Kerana Nak Hapuskan Kenangan

Share
Perempuan kalau dah marah, tolak RM750K bekas suami nak beli rumah nama bersama kerana nak hapuskan kenangan. Bila menyentuh bab hati, memang sukar untuk meneka. Di saat kita rasa masih sayang tapi sudah tersimpan benci dan dendam.

Satu perkongsian dari Farizal Radzali di fbnya yang banyak berkongsi kisah seorang isteri membuat keputusan dalam keadaan marah dan benci tapi akhirnya baru menyesali tindakannya itu tidak bijak. Kerana terlalu marah pada bekas suami yang curang, si isteri nekad untuk menjual rumah lama mereka.

Ikut harga pasaran rumah besar mereka bernilai RM600,000 tapi mungkin masih ingin menyimpan kenangan, bekas suami sanggup beli RM750k dan cuma ambil RM300K sahaja dan bakinya milik isteri. Tapi sebab marah dan benci, isteri tolak.

Perempuan Kalau Dah Marah…

Baca kisah menarik perkongsian rumahtangga ini dan bayangkan betapa rugi bila buat keputusan dalam keadaan marah..
Perempuan, kalau dah marah…..
Ada sepasang suami isteri ni, kami uruskan penceraian mereka 2 bulan yang lepas. Sekarang dah dapat Dikri Nisi (Sijil Perceraian).
Mereka ada sebuah rumah yang agak besar, di atas nama bersama. Nilai pasaran RM530k.
Isteri nak jual, katanya tak nak ada kenangan dah rumah tu. 15 tahun mereka tinggal di rumah tu sebagai  suami isteri, bila bercerai, rumah tu pun patut tiada.
Marah sungguh dia. Akhirnya, melalui ejen, dapat pembeli yang setuju beli rumah tu dengan harga RM600k.
Si suami ni mungkin masih sayang kat rumah tu. Katanya dia sanggup beli rumah tu dengan harga RM750k.
Tapi si isteri tak nak. Mati-mati dia tak nak dengar langsung apa saja kata suaminya. Si suami minta saya pujuk isterinya. Katanya dia sanggup terima syer dia sebanyak RM300k sahaja, selebihnya bagi kat isteri.
Saya cuba la juga pujuk. Saya kata, bukankah lebih baik ambil nilai yang lebih tinggi. Dia juga yang untung. Harga melebihi nilaian. Banyak perkara lain dia boleh guna dengan duit tu.
Tapi dia nekad. Katanya kalau dia dah benci, tak perlu cakap apa lagi. Dia tak nak rumah tu jadi milik suaminya juga. Dan dia marah saya, katanya saya menyebelahi suaminya yang terbukti curang.
Sekarang apa yang dia kata, itulah yang muktamad. Jangan cakap apa-apa lagi, tak perlu nak pujuk-pujuk. Jadi, apa nak buat, kan. Dah org tak nak. Nak cakap lebih pun tak boleh, nanti kita juga yang salah.
Lalu mereka tandatangan perjanjian jual beli dgn pembeli dengan harga RM600k. Dah bayar deposit sebanyak 10%. Perjanjian dah di setemkan minggu lepas. Sekarang tunggu kelulusan Menteri Besar.
Semalam, si isteri call saya. Suara dah lembut sikit. Dia kata dia ubah fikiran, dia nak jual rumah tu kepada suaminya dengan harga RM750k dengan syer RM300k suami, RM450k isteri.
Saya maklumkan dia, tak boleh tukar dah, sebab perjanjian dah tandatangan, deposit dah bayar & kebenaran dah dimohon. Dan akan ada akibat kalau nak batal perjanjian tu. Dia & suami kena bayar 2 kali ganda wang deposit kepada pembeli. Deposit RM60k, penalti RM60k lagi.
Dia kata, dia akan kembalikan deposit bagi syer dia tapi dia suruh suami bayar denda tu.
Lalu saya tanya suaminya. Suaminya kata dia tak nak dah, teruskan dengan perjanjian sedia ada.
Dan saya maklumkan isterinya. Lalu mengamuk lagilah. Saya pun dah rasa nak geram dah. Saya tanya, dari awal, kami dah pujuk, kami dah maklumkan kebaikan berpihak kepada dia. Tapi kenapa tak nak setuju sedangkan suami dah bagi pilihan, bagi masa.
Sekali lagi saya kena marah. “You tak rasa diri dicurangi. Kalau you rasa, baru you tahu macam mana perasaan marah tu.”
Saya diam. Bukan sebab setuju, tapi tak nak besarkan hal itu. Dan saya juga harap saya tak dicurangi. Aamiinnn….
Perjanjian tetap perjanjian.
Yang curang tetap dah curang.
Tak semua benda kita boleh atur.
Tak semua benda kita nak org ikut cakap kita, hanya kerana kita di pihak yang teraniaya.
Sebab kalau kita berdendam, akibatnya lebih buruk kepada diri sendiri.

Kepada para perempuan & diri saya sendiri, bila terjadi perkara seperti di atas, fikirlah untuk diri kita. Ambil apa saja kelebihan yang ada. Berfikir dengan tenang. Betulkan niat. Jangan dendam lama-lama.

Saya beritahu sesuatu ye. Macam kes di atas, si suami tu boleh je beli semula rumah tu dari pembeli tu, kalau dia nak. Tak perlu pun dia nak persetujuan isterinya. Tapi dia cuba cara terbaik sebab dia pun sedar, dia juga ada kesilapan. Sebab tu dia nak beli dengan harga lebih mahal. Supaya isteri dapat duit lebih, sayang tu masih ada. Tapi dah isteri tak nak.

Perempuan bila marah…
Macam tu la.
~Farizal Radzali~
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
IKLAN