PERAM Buah Avocado Hiris Nipis Bahagian Tangkai, Balut Tisu & Salotep Kemas

Share

Buah Avocado memang banyak khasiatnya. Namun kalau beli, susah nak jumpa yang dah masak ranum, biasanya mesti masih muda dan isinya keras.Kalau salah cara peram, buahnya jadi busuk dan rosak pula. Sayang sungguh, buah ni dah lah agak mahal.

Rupa ada cara tersendiri untuk peram buah avocado ni. Barulah buahnya masak ranum, lembut dan cantik elok isinya.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Jus Avokado Yang Fresh, Creamy Lagi Sedap! Sangat Bagus Untuk Wanita Hamil


Masker Avocado Untuk Kulit Jenis Kering, Kesannya Muka Jadi Lembap & Pori Akan Mengecut!

Boleh ikut petua peram buah avocado yang dikongsikan oleh Puan Ummu Aiman ini.

“Buat yang tertanya macamana cara saya peram buah avocado. Saya kongsi disini ya.”

“Sebelum ni selalu jumpa buah avocado yang keras-keras.Jarang jumpa yang masak ranum.Kalau jumpa pun buruk selalunya.Pernah balik cuba peram sendiri.Biar ja di atas meja tanpa buat apa-apa. Dalam 4, 5 hari lepas tu buah memang masak.Tapi semua buruk, tak dapat makan langsung.”

“Dapat petua ni, saya cuba buat dan alhamdulillah semua masak ranum dan buah pun elok semuanya. Cantik aja warnanya.”

Cara-Caranya:

1. Potong, buang bahagian tangkai dia macamtu. Buang nipis ja ya. Jangan banyak sangat.

2. Balut bahagian yang dah dihiris tu dengan sehelai tisu. Kemudian salotepkan kemas-kemas.

3. Simpan di tempat gelap.Dalam 2 – 3 hari dah lembut dan boleh makan. Ni saya peram dah 3 hari.Alhamdulillah hari kedua dah boleh makan dah.

Info Ekstra!

Buah ni agak tawar-tawar lemak. Saya tak suka makan saja. Saya suka buat jus.Susu segar+avocado+kurma+badam. Nak letak madu sikit pun boleh.

Kena pastikan buah dah masak baru sesuai buat jus.Kalau tak, tak sedap.

Dulu saya tak suka. Tapi bila fikir khasiat dia sangat banyak, jadi cuba cari resepi yang kena dengan tekak.Buah ni kan sangat baik untuk elak penyakit jantung dan rendahkan kolestrol jahat.

MW: Begini rupanya cara nak peram buah avocado. Barulah buahnya masak ranum, warna cantik dan elok lembut. Sesuai dibuat jus, dicampur dalam salad atau dimakan begitu sahaja.Malah banyak khasiatnya.

Sumber: Ummu Aiman

IKLAN