
Ustaz Mad Kecik
Kalau sebelum ini pendakwah terkenal, Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah kata belum jumpa jodoh, tetapi tahun 2026 beliau sah bergelar suami kepada Nor Suhada binti Mohd Azam dengan sekali lafaz di Kampung Bukit Cerana, Bukit Payung.
Dalam majlis penuh sederhana dan bermakna itu, penyatuan dua hati ini pastinya membawa khabar gembira buat ahli keluarga, sahabat handai serta para pengikut yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Tumpang gembira dengan khabar ini, tahniah diucapkan kepada pasangan yang telah selamat melangsungkan pernikahan pada pagi tadi,
Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dipenuhi dengan mawaddah, rahmah dan sakinah serta dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga.
Sekadar info, Ustaz Mad Kecik ialah seorang pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang terkenal dengan semangat kental walaupun bertubuh kecil.
Beliau mendapat perhatian ramai atas keberaniannya menyertai misi berbahaya ke Gaza, termasuk diikat pada bot demi keselamatan di lautan bergelora.