
Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.
Cerita ‘Jangan Takut Pada Saya…’ ini temubual yang dijalankan oleh wartawan Mingguan Wanita ketika membuat tugasan di Kedah.
“Jangan takut dengan saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.”
“Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.”
“Kalau boleh Ramadan ini (ketika temu bual berlangsung umat Islam bakal menyambut Ramadan) saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.”
Bagi anda yang ingin menziarahinya boleh datang ke rumahnya, Kampung Sira Bawah, Baling atau salurkan sedikit sumbangan untuk Pak Tam meneruskan kehidupannya di akaun Bank Rakyat di nombor 22-004-120835-0 atas nama Ishak Che Endut
Ini Video Realiti Hidup Pak Tam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Sulungku Telah Dipanggil Ilahi, Yang Kedua Makin Mengecil Tubuhnya, Si Adik Pun Ada Simptom Yang Sama Dan Mereka Semua Lelaki

Ibu lima orang anak, Sabariyah Abdullah, 38 bimbang mengenangkan kesihatan anak-anak lelakinya. Penyakit berkaitan saraf menyerang kesemua anak-anak lelakinya. Yang sulung, Muhammad Zulhelmi telah dipanggil Ilahi akibat penyakit berkaitan saraf yang menyerangnya pada umur 9 tahun.
Anak keduanya, Muhammad Amar, 15 sedang menderita penyakit yang sama. Juga mengalaminya ketika usia 9 tahun. Dan anak lelaki terakhirnya, Muhammad Nasharudin, 11 menunjukkan simptom yang sama ketika usia 9 tahun.
Sabariyah (Bariyah) pasrah menerima ketentuan yang anak keduanya itu takkan mampu membesar sebagai seorang remaja yang aktif.
“Amar dilahirkan sihat dan normal. Sampailah usianya 9 tahun. Waktu itu, dia masih bersekolah. Tak lama, dia mula jalan berjengket-jengket. Bentuk badannya juga alami perubahan.
“Tubuhnya semakin susut dan mengecil. Lama kelamaan, Amar tak boleh bergerak. Dia cuma berbaring. Boleh duduk tapi dengan bantuan orang lain dan perlu ditahan belakang badannya.”
Dalam keadaan yang tidak mampu bergerak, Amar masih mampu menulis dan bermain game di telefon. Kadangkala dia ambil buku adiknya, kalau tiba-tiba dia teringin nak menulis.
Amar pernah juga dibawa ke rawatan tradisional. Penyakitnya masih belum sembuh juga. Ibu ini bersyukur kerana setakat ini Amar jarang demam, batuk mahupun selesema.
“InsyaAllah tak sukar menjaganya. Tapi saya perlu uruskan dia memandang dia pun tak mampu nak uruskan diri sendiri. Makan, alhamdullah tiada masalah. Dia boleh makan tiga ke empat kali sehari.
“Tapi banyak manapun dia makan, badannya tetap rupa itu. Tak gemuk.. makin mengecil. Pernah saya belikan dia susu khas nak bagi berat badannya bertambah. Tak juga berjaya.” Bariyah memulakan bicaranya dengan tenang.

Anak Sulung Meninggal 3 Tahun Lepas
“Anak saya 5 orang. Yang sulung meninggal disebabkan penyakit yang sama macam adiknya, Amar. Keadaan Amar ini memang sama keadaannya macam arwah anak sulung saya.
“Dulu waktu rawat anak yang sulung di hospital, ramai pakar dah kami temui. Tapi penyakitnya tak dapat dikesan. Kata doktor ia ada kaitan dengan saraf.
“Kes anak sulung saya itu kalau ikutkan nak dibawa lanjut ke hospital di Pulau Pinang. Tapi fikirkan risiko yang mungkin jadi, saya dan suami menolak.
Kemungkinan itu adalah jangkitan yang mungkin akan anaknya alami. Sedangkan ketika itu, arwah anaknya dalam keadaan yang stabil.
Jadi setiap bulan, ibu dan ayah ini membawa si sulung jalani fisioterapi. Sayangnya tiada juga perubahan. Mereka juga perlu berulang dari rumah ke hospital.
Setiap kali rawatan, suami terpaksa mengambil cuti bekerja. Akhirnya tertekan dengan kesukaran itu, rawatan fisioterapi untuk arwah anak sulungnya terpaksa dihentikan.
“Ketika itu arwah sihat, tiada sebarang penyakit serius yang dihadapinya. Arwah meninggal akibat penyakit asma. Kalau nak diikutkan, penyakit asmanya tidak begitu teruk. Kata orang, mungkin nak dijadikan sebab saja.”
Akui Bariyah sambil memaklumkan penyakit berkaitan sarah ini cuma menyerang anak-anak lelakinya saja. Anak perempuannya, Nur Afifah, 11, dan Robiatul Adawiyah, 6, tiada sebarang masalah dan sihat.
Risau Igauan Lama Datang Berulang
Arwah anak sulungnya meninggal semasa usia 15 tahun. Bariyah risau sekiranya Amar mengalami nasib yang sama dengan arwah abangnya. Memandangkan usia Amar kini mencecah 15 tahun.
“Sebab itu saya dan suami sentiasa berdoa yang terbaik untuk Amar. Setakat ini kesihatannya baik. Apa pun hanya Allah yang menentukan segala-galanya.
“Saya juga risau dengan keadaan seorang lagi anak lelaki saya, Muhammad Nasharudin, 11, yang mula menunjukkan simptom yang sama.
“Dia mula berjalan berjengket-jengket dan tidak boleh berlari. Nak bawa beg sekolah pun perlu saya bantu.”
Ketika ini suami Bariyah, Mohd Yusuf, bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah dan mereka sekeluarga tinggal di rumah ibu bapa mereka.
Bantu Ibu Dan Ayah Amar
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh langsung menghubungi Puan Sabariyah di talian : 011 2413 5718
Foto: Nurul Niza Suhaimi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Allahuakbar! Telinga Anak Aku..’ Rasa Tak Sedap Hati Ibu Ini Terbongkar Bila Anaknya ‘Buka Mulut’

Kes-kes anak-anak murid dipiat, dicubit guru bukan sekali dua terjadi. Walaupun jumlahnya tidak besar, tapi apabila ia mula dilaporkan perlu juga diberi perhatian. Benar, tidak bagus mengaibkan guru sebegini apatah lagi kerjaya guru itu sendiri seharusnya dipandang tinggi.
Walau setinggi mana pun statusnya, seharusnya niat mendidik itu perlulah seirang dengan tanggungjawabnya. Janganlah dibawa-bawa emosi marah pada anak-anak murid, bimbang hati kecil itu semakin terluka dan tak lagi percaya dengan institusi pendidikan yang sepatutnya mengajarnya nilai dan moral yang baik.
Inilah kekecewaan yang dialami oleh seorang ibu bernama Nur Hazwani Ahmad Mazlan apabila anak perempuannya menjadi mangsa cubitan guru. Lebih menyedihkan guru anaknya itu pula mengajar si kecilnya berdusta.
Bila Balik Sekolah Lebam..
Selalu duk baca pasai anak orang ja. Kali ni jadi dekat anak sendiri. Tak pernah terpikiaq pun nak jadi sampai tahap macam ni. Dah banyak kali, bila balik sekolah lebam calaq. tak ambik serius la sebab dia duk bagitau kawan dia buat.
Kali ni yang paling teruk. Bila tnya dia, jawapan sama kawan buat. Ok tak pa aku sabaq tunggu pagi. Nak tekan tanya jugak. Sebab duk berasa tak puas hati. Mungkin naluri kita sebagai ibu sama kot. Buleh rasa yang dia tipu. Semalaman aku tidoq tak lena, gagah terlelap lepas soq tadi ja.
Pukul 7:30 pagi gerak dia bangun, bagi mandi pakai baju apa semua. Duduk depan dia tanya elok-elok.

“Cikgu Buat Dinie.. Sebab Dinie Tak Pandai”
Cuba dinie habaq dekat mama betoi betoi paha dinie, muka dinie, sapa buat sebenaqnya.
“Kalau tipu mama, berdosa tak masuk syurga.”
Dia diam sat. Duk sat baru dia buka mulut bagitau.
“Cikgu buat Dinie sebab Dinie tak pandai. Tapi cikgu pesan kalau mama tanya bagitau kawan buat masa main-main. Telinga Dinie pun cikgu pusing.“
Masa dia bagitau pasai telinga tu baru aku selak rambut tengok. “Allahuakbar.. telingga anak aku.”
Pas tu teruih ambik keputusan pi jumpa cikgu tu kat sekolah.
Anak kecil selalu jujur kata-katanya mereka tidak pandai berkata tak benar. Seharusnya guru mendidik dengan penuh sabar dan bukannya ikut emosi. Semoga kisah ini menjadi peringatan bersama dan pengajaran kepada guru-guru yang lain.
Ini pesan ibu Dinie ketika Mingguan Wanita menghubunginya untuk meminta kebenaran siar semula.
Sumber/Foto : Nur Hazwani Ahmad Mazlan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bermodal RM200 Wanita Ini Travel Ke Jogjakarta 3 Hari 2 Malam, Semak Iternari Lengkapnya

Cuti sekolah pun dah nak bermulakan, bolehlah plan percutian keluarga. Travel ke Jogjakarta, Indonesia 3 hari 2 malam cuma bermodalkan RM200. Wanita ini, Shuya Abdullah tunjukkan caranya.
“Ini iternari saya kat Jogja 3 hari 2 malam bermodalkan RM200 sahaja. Sebenarnya RM150, letak lebih sebab takut ada sisa-sisa yang saya makan saya lupa nak update.” Kata Shuya dalam perkongsiannya di facebook miliknya.
Shuya banyak travel ke mana-mana secara backpakers saja. Lebih mudah untuknya bergerak ke sana ke mari tanpa terikat. Wanita muda ini juga berkongsi tip dan panduan melancong ke beberapa lokasi menarik. Antaranya ke Sabah dengan kos budget.
“By the way gais, kos modal ini tak termasuk Ticket Flight dan Shopping cenderahati tau.”
Untuk trip ke Jogja ini, Shuya tak pergi ke Pantai Timang dan Borobudur disebabkan kesuntukan waktu. Memang mencabar trip Shuya ini. Sebaik saja pulang dari tempat kerja, mereka terus bergegas ke lapangan terbang. “Jadi sedikit penat.”
Trip Ke Jogjakarta Dari Kuala Lumpur
Dari Kuala Lumpur
So basically, This is the flight that available on that date. So, Chuya ambil last flight sebab still kerja hari itu. After kerja terus siap-siap. And return pun ambil last flight. Amik AL sampai 9hb. So 8hb sempat balik Kuantan.

So journey Begin!! Nasib baik tak ade halangan. Kalau tak menangis mak kat autogate

Hari Pertama : Setiba Di Jogjakarta
Sampai-sampai je ke Yogyakarta. Kitaorang buntu juga nak ambil transport sebab phone apa semua takleh nak on Internet. So, terpaksa lah ambil transport yang ada kat area Airport. Quite mahal actually. Transportation Rp100k/3. So, seorang Rp33k
Nasihat saya, sebelum korang pergi Indonesia, pastikan korang download siap-siap apps Go-Jek. Available untuk Seluruh Indonesia. Dia macam Grab n Uber. Tapi dia ada makanan sekali. Serious apps tu memang membantu.
Cantik kan!! Tapi sebab hujan so takleh nak naik.
Sampai Di Bilik Hotel
Yeay! Dah sampai bilik. Cantik tak? Serious selesa. and sangat affordable. Kitorang tak pilih hotel sebab nak save budget untuk shopping. Lalalallaalala.
Kitaorang book Trava House di Mergangsan, Yogyakarta, Indonesia. Kos 2 malam Rp380k untuk 2 pax. So, seorang Rp190k untuk 2 malam. Kalau convert duit Malaysia dalam RM55 (Include breakfast for two days and staff dia pun ramah tau)
Nak ambil transport pun senang. Jalan kaki sikit sampai Jalan besar.

Dining Hall Pun Best
Dah Ready, Lets Mark Jogjakarta!
Ni lah travel partner sis! Okay. Kitaorang dah start guna apps Go-Jek and our first destination adalah Jurang Tembelan. Mula-mula kitaorang decide nak jump-jump je transport. Tapi nak memudahkan, kitaorang tanya abang transport tu boleh tak assist kitaorang. Dan dia kata boleh. Dia cas Rp225k untuk 2 hari gais! sangat murah. Seorang dalam Rp75k sahaja.
Hari Kedua : Check Point Pertama Travel Jogjakarta
Haaaa!! First checkpoint adalah Jurang Tembelan . Selalu tengok dalam fb je. Sekarang ni sis rasa sendiri kesyiokkannya. Tapi waktu ni. panas lit lit. Sis sabar je.
Parking : Rp8k
Entry Fees : Free

Wisata Seribu Baru
So, checkout Jurang Tembelan . Kitaorang pergi kat Rumah Hobbit which is nama dia Wisata Seribu Baru. Sis rasa ni lah tempat-tempat dongeng tau. Hobbit ada, macam-macam ada. Rasa macam duduk di alam fantasi.
Parking : Rp5k
Entry Fees : Rp2.5k
Next Check Point, Hutan Pinus
Okay, Next check point adalah Hutan Pinus di Dingo, Jawa tengah, Indonesia. Nice and Nice. Udara pun nyaman saja.
Hutan pinus parking : Rp5k
Entry Fees : Rp2.5k
Check Point Akhir Hari Kedua, Puncak Bencici
Last check point adalah Puncak bencici. Ini paling puncak!
Fees and Parking = Rp12k / 3 = Rp4k seorang
Makanan Untuk Hari Kedua
Selesai saja sesi fotografi kat Puncak Becici, kitaorang balik ke Malioboro semula. Dan mula cari makan. Sampai di Malioboro dalam jam 3 petang. Makanan ini nama dia Gudeg Yudjum. Kalau datang Jogja kena cuba tau. Dia manis. Ayam dia kuah masak dengan buah Nangka. So manis sikit la. Tapi nice.
Gudeg Yudjum sekali dengan air total Rp32k. Lepas makan kitaorang balik bilik rehat-rehat. Malam pula plan nak pergi jalan-jalan kat Malioboro.

Jangan Tak Cuba Gilato Aiskrim
Tengah lepak-lepak dekat atas sambil tengok movie. Datang pula si Dessy which is one of the guest dekat Trava House juga. Plan Dessy untuk makan Galito Aiskrim dulu baru jalan kat Malioboro.
Galito aiskrim dia best woo. Macam orang gila pilih. Rp25k je. Kalau kat KL tak dapat la harga macam ni.
Malam Kedua, Shopping Cum Jalan-jalan Cari Makan
Dah puas shopping macam orang gila kat Malioboro. Baru fikir lapar. So kitorang singgah makan di Super Sambal yang terletak di Mergangsan, Yogyakarta, Indonesia. Sis amik Ikan bakar and sambal + air mangga. Total 20k
Hari Ketiga : Wajib Makan Bakpia
Ride kuda pergi beli Bakpia! Bakpia ni adalah sejenis kuih yang khas ada kat Yogyakarta sahaja. Kalau korang pergi. Wajib beli tau! Harganya 30k/3 bermakna 10k seorang — in Pakualaman, Yogyakarta, Indonesia.
Jangan Lupa Cuba Bakso Di Malioboro
Kat pekan malioboro ada kedai Bakso! So apa guna mai indonesia kalau tak test Bakso dia kan?
Bakso dia ada yang biasa ada yang set. Biasa punya dalam Rp5k. Kalau special dalam Rp7.5k. Kitaorang ambil set je senang sekali dengan air. Total makan 1 set Rp22k

Selesai Sudah Trip Shuya, Ini Detail Perbelanjaan 3 Hari 2 Malam Di Jogja
Sumber/Foto : Facebook Shuya Abdullah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!































