‘Penuh Kucing Jaga Jenazah Mama Sebelum Dikebumikan’ Serina Redzuawan

Share

Sebaknya, ketika berdepan ujian Covid-19, pelakon Serina Datuk Redzuawan diuji kehilangan ibu, Norhayate Ayub yang meninggal Rabu lalu kerana komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Cerita Serina, ketika dalam sakit tenat pun, ibunya masih mengingatkan penjaga agar memberi sedekah pada anak-anak tahfiz.

Kebaikannya yang selalu memberi kucing makan, juga menjadi asbab banyaknya kucing menunggu jenazah ibunya sebelum dikebumikan.

Malah, bekas suami arwah yang merupakan tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak pernah mengabaikan bekas isterinya ini.

Selama 34 tahun, Chef Wan tetap menyediakan nafkah dan menjaga bekas isterinya itu sehinggalah ke akhir hayatnya hingga selamat dikebumikan.

 

Kebaikan Ibu Serina Kongsikan

Kongsinya, “Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama

.”

Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama. Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz.

Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.”

Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!!! Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH)”

Urusan Pengebumian Bekas Arwah Isteri Dipermudahkan

Akui Chef Wan, biar pun pada mulanya dia berasa risau dengan urusan pengebumian jenazah arwah isterinya itu. Namun, urusan itu dipermudahkanNya.

Waktu tu saya panik, tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ke Masjid Ampang, yang mana dah bertahun-tahun saya menyumbangkan derma di sana

.”

Nasib ada ahli jawatan kuasa masjid ketika itu dan imam yang kata.. “CW jangan susah kan ini..”

Memandangkan dia tinggal di sini (Ampang) dan CW selalu bantu kami, biar kami bantu uruskan semua ini.”

Lega hati Chef Wan dan sebaik dapat surat forensik dari hospital, kenderaan jenazah membawa jenazah bekas isterinya pada malam (Rabu) itu. Urusan seterusnya dikendalikan oleh pihak masjid. Keesokan hari, barulah urusan pengebumian dijalankan.

Catatan 34 Tahun Tanpa Culas Menjaga Bekas Isteri

Tulis Chef Wan, pernah dulu arwah ibu berkongsi cerita dengan Serina. Katanya, Chef Wan adalah bekas suami terbaik, mana-mana wanita harapkan. Sentiasa pemurah, menyayangi dan baik budi dengannya.

Demi memastikan bekas isteri dan ahli keluarga terjaga dengan baik, Chef Wan sentiasa bekerja keras. Tidak mudah, namun Chef Wan sentiasa memastikan segalanya berjalandengan baik.

Allahyarham Norhayate mendirikan rumah tangga dengan Chef Wan pada tahun 1982, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Hasil perkahwinan, keduanya dikurniakan dua orang anak, Mohd Nadzri dan Serina.

 

MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Serina dan Chef Wan sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Norhayate Binti Fatimah ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang yang soleh.

Baca sini : Ujian Serina Redzuawan, mama kena potong kaki, papa alami kayap.

Sumber/Foto : Serina Redzuan, Chef Wan 58

IKLAN