Penjawat Awam Boleh Tuntut Elaun Pindah Rumah, Antara Blok (Kuarters)!

Share

Berpindah rumah memang memerlukan duit yang banyak. Macam-macam perkara perlu diuruskan bagi melancarkan urusan perpindahan. Mungkin ramai yang tak tahu, bagi penjawat awam yang membeli rumah menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebenarnya boleh membuat tuntutan bagi elaun pindah rumah. Ia sangatlah membantu bagi meringankan beban kewangan semasa proses pindah rumah.

Berikut perkongsian daripada Puan Dalina Alias
yang berjaya dan lulus permohonan mendapat elaun ini sebagai rujukan.

“Untuk sahabat penjawat awam, sila ambil maklum.”

“Kalau beli rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah. Dengan syarat mendiami rumah tersebut dan tuntutan perlu dibuat tak lewat dari 3 bulan dari tarikh pindah.”

“Alhamdulillah permohonan saya dah lulus. Saya percaya ramai yang tak tahu pasal elaun ni. Kita cuma biasa dengar tentang elaun pindah rumah kerana bertukar. Waima pindah antara blok (kuarters) pun ada elaun jugak ye (tertakluk syarat-syarat).”

Untuk lebih info, rujuk Pekeliling Perbendaharaan 4/1995 & rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan (HR) & Kewangan di Jabatan masing-masing.

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah (Lampiran B-2)

2. Salinan kad pengenalan pemohon (diakui sah)

3. Salinan kad pengenalan pasangan (diakui sah)

4. Salinan sijil nikah/ surat pendaftaran perkahwinan (diakui sah)-yang ni diperlukan sebab bagi yang dah berkahwin dan bujang, kadar yang akan dibayar oleh jabatan adalah berlainan.

5. Salinan surat kelulusan dari pihak LPPSA (diakui sah)

6. Salinan Perjanjian Jual Beli/ S&P (Diakui sah)

7. Salinan buku bank.

Semoga bermanfaat.

MW: Jadi buat penjawat awam yang nak berpindah rumah mahupun blok (kuarters), buatlah permohonan dan rebutlah peluang ini. Semoga duit elaun yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu dan digunakan untuk urusan perpindahan nanti.

Sumber: Dalina Alias

IKLAN