Penghargaan Buat Anak Saudara, KJ Sengaja Pakai Stokin Sebelah Lain-Lain Ke Kabinet Semalam

Share

Sebagai penghargaan buat anak saudaranya Aisha yang mempunyai Sindrom Down, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sengaja memakai stokin yang tidak sepadan ketika ke kabinet semalam. Ia bersempena Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut pada 21 Mac setiap tahun.

Jika selalu mengikuti laman instagram beliau,stokin berbelang serta warna terang sememangnya sinonim dengan identiti Ahli Parlimen Rembau ini yang sering menampilkan kelainan terutamanya dalam gaya berpakaian.

Bagaimanapun, keberanian pemimpin berusia 42 tahun itu memakai stokin ‘mencolok mata’€ semalam agak pelik, janggal dan menimbulkan tanya apabila mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru, hitam serta hitam coklat untuk sebelah lagi.

“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tak sepadan. Adakah sebab tergesa-gesa nak hadiri mesyuarat Kabinet sehingga tak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaru?” katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya, semalam.

Menyangkal tanggapan 854,000 pengikutnya, Khairy menjelaskan, pemakaian stokin bercelaru warna dan corak itu adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun.

Katanya, ia untuk mengingatkan masyarakat bahawa walaupun manusia mungkin tampak berbeza, namun ia tetap memiliki kecantikan dan kelebihannya yang tersendiri.

“Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti seadanya. Hari ini, saya turut menzahirkan penghormatan kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikannya sebagai halangan untuk dia mengejar impian.Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan berkeyakinan diri ketika berucap menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh dengan tidak mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.

Aisha merupakan sumber inspirasi berterusan bagi beliau dalam menjadikan masyarakat lebih sedar serta mampu menghapuskan jurang perbezaan antara individu yang dilahirkan dengan kebolehan berlainan untuk mencapai potensi sepenuhnya, selain memastikan kanak-kanak tiada tercicir daripada arus perdana.

Penanda aras sebuah kemasyarakatan, katanya, bersandarkan kaedah pengurusan dan pemberian khidmat kepada insan yang memerlukan penjagaan serta kasih sayang.

“Hari ini juga adalah satu penghormatan kepada ibu Aisha, Kak Hana yang membesarkan insan istimewa ini secara berseorangan, malah saya teringat mengenai satu soalan kepadanya.

“Jika Kak Hana dikurniakan pilihan untuk membuat perubahan, adakah dia akan menukar takdir Aisha supaya tidak dilahirkan dengan Sindrom Down

“Kakak saya sebaliknya berkata, dia tidak mungkin mahu mengubah apa-apa kerana jika lakukan sedemikian, ia akan membuatkan Aisha bukan lagi istimewa sebagaimana dia sekarang,” katanya.

Selain memuat naik tiga gambar, iaitu ‘€˜stokin celaru’€™, Aisha dan Kak Hana, Khairy berkongsi pautan video bertajuk “50 mums, 50 kids, 1 extra chromosome” (50 ibu, 50 kanak-kanak, satu kromosom).

Katanya, video selama 4:38 minit itu turut memaparkan maklum balas daripada selebriti kelahiran United Kingdom, James Kimberley Corden yang menyifatkan ia karaoke dalam kereta paling menghiburkan.

“Betul katanya walaupun selepas tempoh seribu tahun sekali pun. Selamat Hari Sindrom Down Sedunia,” katanya sambil menyertakan bait lirik lagu Nirvana, Come As You Are yang dipopularkan pada 1991.

Sumber: Instagram Khairi & hmetro

IKLAN