Tiada yang lebih berat daripada seorang ibu terpaksa melihat jasad anaknya digali semula. Namun, itulah realiti yang bakal ditempuh Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, apabila penggalian semula kubur anak sulungnya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, ditetapkan pada Jumaat, 29 Ogos 2025, jam 8 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu.
Melalui perkongsian status WhatsApp terbaharu, Ummu Haiman dengan nada tabah menyeru orang ramai untuk hadir memberikan sokongan.
“Mohon hadir ramai-ramai. Terima kasih atas sokongan dan motivasi,” tulisnya ringkas tetapi penuh makna.
Perintah Mahkamah, Harapan Keluarga
Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu memerintahkan supaya kubur Syamsul Haris digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan dalam tempoh 14 hari.
Ads
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet dalam keputusannya turut menegaskan bahawa proses tersebut akan diselia Ketua Polis Negara (KPN) sebagai responden pertama, dengan kehadiran pakar forensik bertauliah bagi memastikan prosedur berjalan lancar.
Seorang pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur akan mengetuai bedah siasat, dibantu oleh Datuk Seri Dr. Bhupinder Singh, pakar forensik yang diiktiraf.
Ads
Doa & Luka Seorang Ibu
Sebelum ini, Ummu Haiman berkali-kali meluahkan rasa resah kerana masih belum mendapat maklumat rasmi berhubung tarikh penggalian walaupun mahkamah telah mengeluarkan arahan. Kini, setelah tarikh dimuktamadkan, yang tinggal hanyalah doa dan kekuatan jiwa.
Ads
Sebagai seorang ibu, beliau pastinya memendam rasa pilu. Namun demi mencari kebenaran atas pemergian anak yang dicintai, Ummu Haiman memilih untuk berdiri teguh, walaupun hatinya tercarik luka.
Proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, disahkan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau unsur luar seperti yang tular di media sosial.
Kepastian ini diberikan sendiri oleh peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri, yang menyaksikan prosedur tersebut dari awal hingga akhir atas permintaan waris.
“Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti dakwaan ada ‘tangan-tangan’ tertentu. Semua itu tiada. Saya sendiri lihat arwah diperiksa secara menyeluruh oleh pasukan forensik,” ujar beliau ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
Shahlan memaklumkan, bedah siasat dijalankan oleh empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, dibantu jurufoto forensik dan jurufoto polis. Sepanjang prosedur, hanya beliau dan pasukan forensik berada di dalam bilik bedah.
Selesai prosedur, laporan bedah siasat akan disediakan oleh pasukan forensik dan tempohnya bergantung kepada perbincangan serta pengesahan semua pakar terlibat.
“Biasanya paling cepat dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan,” jelas Shahlan, yang berada di HQE sejak jam 11 pagi hingga 7.30 malam pada hari kejadian.
Allahyarham Zara sebelum ini dikebumikan pada 17 Julai lalu, sehari selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar. Kejadian itu meninggalkan tanda tanya yang kini sedang dirungkai melalui proses undang-undang dan siasatan forensik yang teliti.
Jenama fesyen mesra hijab, She Dazzle, terus melakar langkah berani dengan pelancaran butik flagship pertamanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh reputasi sebagai trendsetter dalam busana kasual wanita moden.
Menariknya, di sebalik kejayaan She Dazzle, berdirinya figura hebat bernama Zarawani Salim atau lebih mesra disapa Zara Salim. Minat yang mendalam terhadap seni gaya menjadikan beliau berani meninggalkan zon selesa, lalu mencipta jenama yang kini sinonim dengan wanita moden berhijab.
Baginya, fesyen bukan sekadar rekaan pakaian, tetapi satu medium untuk mengangkat keyakinan, memberi inspirasi, dan membuktikan bahawa seorang wanita mampu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, walau dari latar belakang yang berbeza.
Menurut Zara lagi, butik berkonsepkan eksklusif ini bukan sahaja berfungsi sebagai ruang jualan, malah menjadi pusat penyelidikan serta reka bentuk koleksi baharu.
“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman menyeluruh, bukan sekadar membeli pakaian, tetapi menghayati identiti She Dazzle sebagai gaya hidup,” jelasnya.
Konsep ini membawa She Dazzle ke tahap baharu menjadikan butik bukan hanya destinasi fesyen, tetapi juga ruang inspirasi untuk wanita mencari keyakinan diri melalui gaya.
Tidak hairanlah mengapa jenama ini sering menjadi pilihan selebriti tempatan kerana ia menampilkan fesyen yang up to date selain harganya yang amat berpatutan!
She Dazzle terkenal dengan keberaniannya menampilkan sehingga tiga koleksi baharu setiap bulan. Antara tarikan utama ialah koleksi one-set, pilihan ringkas namun praktikal buat wanita moden yang mahu tampil bergaya tanpa perlu bersusah payah memadankan busana.
Penggunaan rona-rona tegas dan berani pula mencerminkan aura eksklusif serta elegan, seiring aspirasi jenama yang mengangkat moto “A wardrobe of the trendsetter.”
She Dazzle bukan jenama yang lahir dalam jangka masa yang singkat. Ditubuhkan sejak 2011 di Kemaman, Terengganu, jenama ini mula mengembangkan sayap ke ibu kota pada tahun 2020 dengan pembukaan butik yang lebih moden. Evolusi ini menjadi bukti komitmen She Dazzle untuk kekal relevan dalam landskap fesyen yang pantas berubah.
Logo rama-rama yang menjadi identiti She Dazzle melambangkan keindahan, kelembutan, serta penghargaan terhadap keunikan setiap wanita. Ia selaras dengan misi jenama menyediakan busana yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga membangkitkan keyakinan.
Dengan pembukaan butik flagship ini, She Dazzle berhasrat menjadi lebih daripada sekadar label fesyen. Ia mahu menjadi ruang inspirasi untuk wanita meraikan keanggunan diri. Inisiatif ini juga dijangka memberi pengalaman lebih mendalam kepada pelanggan setia yang sebelum ini hanya menyokong melalui platform dalam talian.
“Saya tak sempat tunaikan permintaan terakhir arwah untuk makan nasi di rumah…Maznah Ismail, ibu.
Dalam sebak dan suara yang bergetar, Maznah Ismail, 64, masih belum percaya anaknya, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, telah pergi buat selama-lamanya dalam keadaan tragis, ketika menjalankan tugas sebagai anggota polis.
Dilanggar penyamun yang cuba melarikan diri selepas aktiviti pecah rumah di Taman Golf, Alor Setar, pemergian Hafizul meragut bukan sahaja nyawa, tapi harapan dan kasih keluarga yang ditinggalkan. Mohd Hafizul maut dirempuh kenderaan dinaiki penjenayah yang cuba melarikan diri selepas dipercayai melakukan pecah rumah, berhampiran Taman Golf di Alor Setar, Kedah, semalam.
Ahad lalu, Hafizul menelefon ibunya dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kedah atas urusan kerja. Katanya, dia ingin singgah makan nasi di rumah. Nasi minyak, menu kegemarannya. Tapi permintaan itu tidak sempat ditunaikan.
“Saya beritahu tak sempat cari barang nak masak… dia dah hampir sampai ke kawasan rumah…” ujar Maznah dalam linangan air mata.
Permintaan yang kedengaran biasa, tapi kini menjadi luka yang akan terus terpahat di hati seorang ibu. Betapa rindu itu kini datang bersama sesalan kecil yang takkan pernah padam.
Malam sabtu lalu merupakan kali terakhir Hafizul pulang ke rumah orang tuanya di Kampung Pak Kancil. Dia singgah sebentar bersama rakan sekerja dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Waktu itu, dia tak banyak bicara. Tapi sempat membuat luahan rasa.
“Letih sangat sekarang ni… kerja padat… susah nak luang masa dengan keluarga…”
Kata-kata itu mungkin dulu tidak diberi makna mendalam, kini menjadi bisikan akhir yang mendalam kesannya.
Hafizul merancang untuk bercuti bersama isteri dan tiga anaknya pada 16 Ogos sempena kenduri keluarga. Namun takdir berkata lain. Dia pulang buat selama-lamanya.
Sejak kecil, Hafizul sudah memasang impian untuk menjadi anggota polis mengikut jejak langkah ayahnya, Mazlan Umar, 64, seorang pesara polis. Daripada tujuh beradik, hanya dia dan seorang adik lelaki yang memilih jalan beruniform biru.
“Dia anak yang baik… walaupun bertugas jauh di Kedah selama 15 tahun, tapi tak pernah lupa kami… setiap hari dia akan telefon,” ujar ibunya sayu.
Bapanya pula, walaupun memahami risiko tugas, tetap tidak dapat menahan sedih dengan pemergian itu.
“Kami tahu risikonya… tapi tak sangka anak sendiri pergi dalam keadaan begini,”
Bagi Nur Azhanis Mohd Yusoff, 36, pemergian suami bukan sekadar kehilangan pasangan, tetapi bapa kepada tiga anak mereka.
“Arwah suami sangat baik… dia suka tolong semua orang… keluarga, mentua, sesiapa saja. Dia suami yang bertanggungjawab… ayah yang penyayang,”ujar Nur Azhanis sayu.
Walau tugas menuntut komitmen luar biasa, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, tidak pernah lalai menunaikan satu amanah paling suci, kasih pada keluarga. Anak ketiga daripada tujuh beradik ini, yang telah berkhidmat lebih 15 tahun sebagai anggota polis di Kedah, baru saja menyuarakan rasa letih dan rindu dalam kunjungan terakhirnya ke rumah keluarga di Kampung Pak Kancil.
“Ketika jumpa arwah, tak banyak cakap. Tapi dia sempat luahkan isi hati… katanya penat sangat dengan kerja sekarang. Jadual padat, dan jarang dapat bersama keluarga…” – Ibu arwah, Maznah Ismail
Hafizul merancang untuk pulang bercuti bersama isteri dan tiga anaknya pada 16 Ogos ini, bagi menghadiri kenduri keluarga. Namun, percutian yang dirancang penuh harapan itu bertukar menjadi tangisan yang panjang.
PRISMAnita dilancar sempena Sambutan Hari Wanita Antarbangsa 2026. Demi memastikan wanita mendapat akses lebih mudah kepada pelbagai bantuan, sokongan dan perlindungan, kerajaan hari ini mengumumkan perlaksanaan PRISMAnita.