Pengasas Kosmetik Dnars Kemalangan Maut Dalam Perjalanan Beri Sumbangan Tahfiz

Share

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Ajal maut tidak mengenal usia, muda mahupun tua.Tanggal 13 Ramadan,dikejutkan dengan tragedi berita pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, 39, meninggal dunia, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera dalam kemalangan maut di Pattani, Thailand, pagi tadi.

Kejadian disahkan adik mangsa, Mohd Faizul Rohban, 34, selepas dihubungi suami mangsa pada jam 10.30 pagi.Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Adik mangsa, Faizul Rohban, 34, berkata dia menerima panggilan daripada abang iparnya memaklumkan kakaknya meninggal dunia akibat tersepit dalam kemalangan itu.

“Suami isteri berkenaan bertolak dari rumah mereka jam 8 pagi tadi di Wakaf Bharu dan dalam perjalanan ke sebuah pondok Tahfiz di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

“Setakat ini saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital.

“Kami masih terkejut dengan berita mengejut ini dan kami sekeluarga dalam perjalanan ke Pattani,” katanya ketika dihubungi.

Faizul berkata, kakaknya baru pulang dari Makkah mengerjakan umrah Rabu lalu dan selepas itu bertolak ke Jakarta, Indonesia untuk majlis berbuka puasa dengan anak yatim.

“Saya tidak sangka kejadian mengejut ini meragut nyawa kakak saya,” katanya.

Selebriti Turut Berduka & Ucap Takziah

Allahyarham merupakan salah seorang usahawan kosmetik paling berjaya di Malaysia.Sering menjadi penaja didalam program-program televisyen.Para selebriti seperti Sheila Rusly, Dato Sri Aliff Syukri,Dato Seri Vida, Fasha Sandha dan Hanez Suraya turut berduka atas pemergian pengasas kosmetik ini yang disifatkan memiliki sifat baik budi pekertinya.

MW: Salam Takziah buat keluarga, semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Pergi pada bulan yang mulia dengan niat yang baik, semoga ganjaran syurga milik beliau. Alfatihah.

Sumber: Bharian

IKLAN