
Pengantin Perempuan Mengundi
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dengan hadir ke pusat mengundi dengan persalinan pengantin berwarna merah jambu.
Bagi wanita ini, mengundi bukan sekadar memenuhi kewajipan sebagai rakyat Negeri Sembilan, malah menjadi simbol setiap detik penting dalam kehidupan boleh diraikan tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat.
Pegawai Pemasaran Noor Farzana Masnoor, 26, hadir ke Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kubang, Labu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dengan ditemani suaminya Luqman Adam Sudirman, 27.
“Sebagai pasangan muda generasi Z, kami yakin tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlu diutamakan kerana bukan selalu kita mengundi. Mengundi juga amanah untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat,”
luahnya.Bukan sekadar moment bahagia dengan pasangan tetapi wanita ini raikan hari mengundi dan mahu tunaikan tanggungjawab.
“Kami percaya kisah ini bukan sekadar tentang sebuah perkahwinan, tetapi tentang generasi muda yang menghargai hak dan tanggungjawab sebagai warganegara,” katanya.
Beliau berkata pengalaman hadir mengundi dengan pakaian pengantin akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan mereka lupakan.
Jadi buat anda yang bakal mengundi di negeri masing-masing akan datang, jangan jadikan sibuk sebagai alasan kerana hari mengundi adalah satu moment yang tidak patut anda lepaskan demi tanggungjawab kepada negera.
Sumber: BERNAMA