Inspirasi

Pembedahan Plastik Bukan Pilihan Hawa Rizwana, Nak Cantik Memang Kena Konsisten Jaga

Share

Pembedahan plastik bukan pilihan Hawa Rizwana, nak cantik memang kena konsisten jaga. Ini pandangan peribadi daripada pengacara dan personaliti televisyen, bagi Hawa mengubah wajah bukan satu pilihan buat dirinya, meskipun berdepan tekanan penampilan sebagai figura awam.

Pembedahan Plastik Bukan Pilihan Hawa Rizwana

Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 31, dia lebih percayakan pendekatan rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi, tanpa perubahan drastik pada wajah.

“Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, saya tidak menafikan bahawa komen tentang penampilan merupakan satu cabaran yang perlu saya hadapi.

“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan,” katanya.

Kecantikan Itu Perlu Penjagaan Konsisten

Namun jelas Hawa, tekanan tersebut tidak seharusnya menjadi penentu kepada keputusan besar melibatkan wajah dan identiti diri.

“Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang. Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada. Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik,”

ujarnya.

Pernah berkongsi tip kecantikan yang diamalkan, rutin bangun seawal 4 pagi membantu beliau menguruskan masa, bersiap, dan memulakan hari dengan tenang.

Kemudian selain menjaga pemakanan, Hawa sangat aktif dalam aktiviti fizikal seperti berbasikal juga berlari untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan.

Sebenarnya kalau mengikuti perkembangan wanita ini, kecantikan Hawa sememangnya menyerlah melalui keyakinan dirinya, kebijaksanaan, dan bakat serba boleh yang ada pada dirinya menjadikannya dia tampak cantik luar biasa.

Gambar: Hawa Rizwana

Published by
Nadia