Inspirasi

Peluang Suri Rumah & Komuniti B40 Buat Rezeki Hanya Dengan Minuman Coklat

Share

Sejak diperkenalkan pada April 2021, jenama Choco Albab terus melakar jejak penuh makna dalam dunia keusahawanan tempatan. Tidak sekadar menawarkan minuman coklat kegemaran ramai, jenama ini sebenarnya giat merencana transformasi ekonomi terutamanya buat golongan B40, wanita, belia dan suri rumah yang mahu berdikari menjana pendapatan sendiri.

Said Saiful Fazli Said Aluwi

Terbaharu, sempena acara tahunan Rising Star 2025 yang berlangsung meriah pada 5 Julai lalu di Bangi Avenue Convention Centre pelbagai inisiatif dan langkah baharu diumumkan oleh pengasasnya, Encik Said Saiful Fazli Said Aluwi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd.

“Kami mahu bantu mereka yang tercari-cari peluang suri rumah, belia, OKU dan sesiapa sahaja yang ingin mulakan perniagaan kecil. Rezeki ada di mana-mana, dan Choco Albab cuba menjadi jambatan untuk mereka bangkit bersama,” ujar Encik Said dengan penuh harapan.

Open Bonet Jadi Alternatif Kerjaya Fleksibel

Salah satu usaha menarik yang diumumkan ialah penjenamaan semula platform jualan bergerak dikenali sebagai ‘Choco Albab Joy Station’ diinspirasikan daripada konsep Open Bonet yang semakin popular. Inisiatif yang asalnya dicetuskan oleh ejen-ejen sendiri kini diangkat ke tahap lebih profesional dan tersusun dengan sokongan pihak HQ.

“Lebih 2,000 ejen aktif menggunakan konsep ini. Jadi, HQ perkenalkan SOP, standard menu dan struktur harga seragam  demi menjaga kualiti dan pengalaman pelanggan,” jelas beliau lagi.

Menariknya, Joy Station ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kerjaya fleksibel  termasuk suri rumah, pelajar, graduan muda dan Gen Z yang mahu menjana pendapatan tanpa mengorbankan masa bersama keluarga.

“Konsep ini bukan sahaja bantu tambah pendapatan isi rumah, malah menyumbang kepada ekonomi gig negara. Dengan lebih 6 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig, inilah peluang untuk rebut masa depan yang lebih cerah.”

Wanita dan Belia Diangkat Sebagai Ejen Perubahan

Dengan pendekatan mesra digital dan latihan bimbingan percuma dari HQ, Choco Albab ingin melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdikari, bijak dan yakin dengan potensi diri.

Bukan itu sahaja, isu rasa produk juga diberi perhatian. Ada pelanggan yang memberi maklum balas bercampur tentang rasa coklat  dan syarikat mengambil pendekatan proaktif dengan menyediakan kursus bancuhan air coklat agar semua ejen dapat menghasilkan rasa yang konsisten dan memuaskan pelanggan.

Belgian Mocha: Rasa Mewah Gaya Hidup Moden

Sempena majlis yang sama, satu lagi produk istimewa turut dilancarkan iaitu Choco Albab Belgian Mocha campuran koko Belgian premium dan kopi terpilih, sesuai buat pencinta minuman bergaya dan sihat.

Mengandungi 33% koko Belgian, tanpa gula putih dan menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose), produk ini juga mesra vegan dan sesuai untuk mereka yang laktosa-intoleran. Lengkap untuk gaya hidup moden yang semakin prihatin terhadap kesihatan.

95,000 Usahawan, 3,000 Diraikan

Apa yang lebih membanggakan, seramai 3,000 ejen dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei hadir memeriahkan majlis penghargaan ini. Satu demi satu wajah ceria terpancar di wajah mereka.  Dari ibu-ibu yang dahulunya hanya duduk di rumah, kini berdiri megah sebagai usahawan yang membawa pulang pendapatan sendiri.

“Kami dengar suara komuniti kami. Kami tahu wanita Malaysia punya semangat besar. Inilah masanya untuk bantu mereka mencipta kejayaan dari bonet kereta hingga ke pentas global,” ujar Encik Said penuh yakin.

Untuk rekod, Choco Albab kini memiliki lebih 95,000 usahawan dibawahnya di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu