Bila tiba hari raya, mak-maklah biasanya yang paling sibuk nak pastikan semua persediaan serba sempurna, termasuklah bab baju raya. Kalau boleh nak warna sedondon, cantik dan selesa.Paling penting mesti dalam peruntukan ‘bajet’ seisi keluarga.

“Cuba bayangkan SEKELUARGA dapat melaram dengan rekaan eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie secara PERCUMA raya nanti ?”

Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali dapat bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Bahagianya rasa hati!

Peluang Sekeluarga Bergaya Sakan Pakai Baju JOVIAN MANDAGIE Raya Ini!

Gaya Raya Bersama TOP

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air.

Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya LIMA KELUARGA bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear bernilai keseluruhan RM30, 000 berserta tajaan produk TOP.

Peluang Sekeluarga Bergaya Sakan Pakai Baju JOVIAN MANDAGIE Raya Ini!

IKLAN

Cepat rebut peluang untuk menangi baju raya rekaan eksklusif Jovian Mandagie, sempena lebaran ini! Manalah tahu ada rezeki, jimatlah sikit ‘bajet’ peruntukan baju raya sekeluarga tahun ni nanti.

Cara Sertai peraduan ini dengan TIGA LANGKAH mudah.

Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25.

IKLAN

Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.

Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian dan hantar menerusi SALAH SATU cara berikut;

1. POS
Pos ke alamat:

IKLAN

PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2. WHATSAPP
Hantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.

3. INSTAGRAM
Upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’.

SYARAT & MAKLMAT PENYERTAAN

  • Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019.
  • Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  • Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona.
  • Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona

Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI