Inspirasi

Pelihara Tradisi Baba Nyonya “Kebaya, Batu Giling Ah Ma Masih Saya Simpan. Peninggalan Yang Sebati Dengan Jiwa”

Share

Pelihara Tradisi Baba Nyonya. Masyarakat baba dan nyonya dikenali sebagai kaum peranakan, mereka adalah golongan minoriti berasal dari melaka.

Salah seorang wanita yang berketurunan Baba dan Nyonya,  Jasmine Ong Li menyatakan dirinya begitu bangga dengan budaya yang diperturunkan.

“Kebaya dan batu giling Ah Ma masih saya simpan. Ianya peninggalan yang telah sebati dengan jiwa saya. Usaha ini adalah cara saya teruskan warisan nenek moyang,” ujar Jasmine lagi.

Pelihara Tradisi Baba Nyonya

Terbaru Sempena Sambutaan Tahun Melawat Malaysia 2026, The Saujana Hotel Kuala Lumpur telah mengambil langkah memelihara dan mempromosikan warisan Peranakan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur & Selangor (PPBNKLS), hotel ini melancarkan inisiatif untuk memelihara resipi tradisional Baba Nyonya agar lebih dikenali oleh setiap generasi dalam lapisan masyarakat.

Menurut Pengurus Besar The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Jasmine Ong Li dirinya yang berketurunan Baba dan Nyonya bangga dengan warisan yang diperturunkan nenek moyangnya.

“Bermula bulan April hingga Mei 2025, Restoran Charcoal dan beberapa lokasi di The Saujana Hotel KL akan mengadakan kempen “Warisan Baba Nyonya di Saujana”, yang menggabungkan resepi tradisional dan hospitaliti moden. Kerjasama ini bukan hanya diketengahkan melalui seni kulinari, tetapi turut mempromosikan masakan dan budaya Peranakan sebagai warisan hidup Malaysia.

“Kami bukan hanya menyajikan makanan, tetapi cerita dan petua dari nenek moyang keturunan Baba Nyonya. Malah pasukan yang bertugas di dapur kami telah dilatih oleh PPBNKLS untuk memahami masakan Peranakan dengan lebih mendalam, dari teknik tradisional, bahan rempah hinggalah adat penyediaannya.

“Bagi kami, kerjasama dengan The Saujana adalah tentang melindungi dan memperkenalkan semula warisan Peranakan. Setiap hidangan ada makna, bukan sekadar rasa,” kongsinya lagi.

Masakan Dari Generasi Terdahulu

Di sebalik kempen Warisan Baba Nyonya di Saujana, terhasil sebuah menu yang disusun dengan teliti, yang menawarkan 15 hidangan Peranakan yang tetap menitikberatkanrasa asli sesebuah masakan dari generasi terdahulu.

Setiap resepi telah dihidupkan semula untuk memberikan bukan sahaja rasa, tetapi juga kisah budaya dan tradisi yang terkandung dalam setiap suapan. Antara masakan Baba dan Nyonya yang popular, Buah Keluak, Lobak Masak Lemak, Nasi Kemuli, Pai Tee, Cincaru Sumbat, Sup Ee Pioh, Terong Pajeri, Nyonya Sambal Belacan,  Udang Goreng Assam dan banyak lagi.

Pameran gastronomi 15 hidangan ini adalah inti pati perayaan Peranakan dan merupakan penghormatan kepada kompleksiti, kehalusan, dan kekayaan budaya masakan Baba Nyonya. Ia bukan sekadar hidangan—tetapi satu jamuan warisan yang menjadi penghubung antara generasi.

Warisan Tradisi Berkembang Bersama Generasi

Kerjasama ini bukan sahaja menonjolkan keindahan masakan Peranakan yang terkenal dengan gabungan rempah ratus yang kompleks, bahan yang diperam, dan persediaan yang teliti, tetapi juga pentingnya memelihara naratif pelbagai budaya Malaysia dalam suasana moden.

“Atuk dan nenek kita hidup melalui kisah yang diceritakan di dapur, melalui tarian yang dipersembahkan di tempat-tempat keramaian, dan melalui rasa yang menceritakan tentang migrasi, kasih sayang, dan ketabahan,” kata Baba Albert yang juga  seorang pelestari budaya dan rakan kolaborasi dalam kempen ini.

Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh