Susulan pengumuman kolaborasi sebelum ini bersama Astro Ocean Cruise, Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan butiran lanjut mengenai M/V Piano Land, kapal persiaran pertama dari China yang akan berpengkalan di Malaysia, dengan pelayaran sulung dijadualkan pada 29 November 2025.
Kemunculan sulung ini bertepatan dengan Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair
(MFTF) 2025, di mana Hwajing tampil sebagai Rakan Rasmi Kapal Persiaran. Kolaborasi ini
menyerlahkan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh sebagai hab pelancongan kapal
persiaran serantau serta peneraju global dalam pelancongan mesra Muslim berorientasikan
keluarga, selari dengan saranan MATTA untuk meletakkan negara ini di barisan hadapan
pelancongan inklusif.
“Malaysia kini melangkah lebih jauh dalam pelancongan mesra Muslim yang merentasi
sempadan lautan,” ujar Kenny Cheong, Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours. “Kami
membuktikan bahawa pelayaran mewah M/V Piano Land mampu menawarkan pengalaman
yang mematuhi nilai-nilai halal serta meraikan kepelbagaian budaya. Ia mencerminkan
kesediaan Malaysia untuk menyambut pelancong dari pelbagai latar belakang dengan penuh tradisi dan kemesraan.”
Selaras dengan komitmen Malaysia terhadap keterangkuman dan kecemerlangan halal,
semua ruang dan peralatan dapur di dalam kapal persiaran ini diperakui halal. Para
penumpang dapat menikmati pelbagai pilihan sajian tempatan dan antarabangsa yang
disediakan mengikut piawaian halal. Ini termasuk itik panggang gaya Hong Kong (halal) yang menjadi sajian istimewa, agar semua penumpang dapat merasai keenakan hidangan terkenal ini.
Kemudahan ruang solat mesra pengguna serta program berorientasikan keluarga turut
memastikan pengalaman yang selesa untuk tetamu daripada pelbagai peringkat umur.
Daripada sajian halal dan ruang solat yang selesa hinggalah ke kelab kanak-kanak dan
persembahan malam, M/V Piano Land direka khas dengan konsep hospitaliti mesra Muslim.
Pelancaran M/V Piano Land melengkapi usaha berterusan Malaysia untuk memenuhi
permintaan segmen pelancongan mesra Muslim yang berkembang pesat dengan nilai
pasaran disasarkan melebihi USD 300 bilion menjelang 2030. Dengan sokongan MATTA dan
rakan-rakan strategik, kolaborasi antara Hwajing dan Astro Ocean Cruise ini mengukuhkan
keupayaan Malaysia untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia yang menghormati
kepelbagaian nilai budaya dalam kalangan pelancong Muslim moden.
“Kolaborasi ini bukan sekadar memperluas pilihan pelayaran, tetapi turut memperkukuh
identiti Malaysia sebagai negara yang meraikan kepelbagaian, menjunjung integriti halal sertamenerajui rantau ini dalam pelancongan mesra Muslim,” kata Jian-feng Tong, Naib Presiden Astro Ocean Cruise.
Pameran MATTA Muslim-Friendly Travel Fair (MFTF) 2025 anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Inisiatif terbaharu itu menandakan komitmen MATTA terhadap keterangkuman dan inovasi dalam industri pelancongan sekali gus memberi tumpuan kepada segmen pelancongan mesra Muslim yang sedang pesat berkembang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE