Selebriti

Pemergian Pelakon Era 90-an, Ridani Ghani Meninggal Dunia Selepas Bertarung Dengan Kanser Ovari

Share

Dari tahun lepas bertarung dengan kanser ovari, akhirnya pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi di Hospital Selayang. Satu pemergian yang cukup dirasai oleh kedua-dua anaknya.

Pemergian Pelakon Era 90-an

Berita pemergian Allahyarham disahkan teman rapatnya, Yaya Maembong, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara bagi urusan pengurusan jenazah.

“Assalamualaikum, saya baru menerima berita Ridani sudah meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan,” katanya.

Ridani Ghani Meninggal Dunia Selepas Bertarung Dengan Kanser Ovari

Allahyarham sebelum ini disahkan menghidap kanser ovari pada Oktober tahun lalu. Lama bertahan, namun Allah lebih sayangkannya.

Pada Sabtu lalu, Ridani dimasukkan ke Hospital Selayang selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot. Difahamkan, Allahyarham berada dalam keadaan sangat kritikal dan menerima rawatan rapi.

Ridani meninggalkan dua cahaya mata, Muhammad Faris Syamir Jaafar, 35, dan Muhammad Faiq Faisal Jaafar, 33.

Semalam, anak sulung Allahyarham, Muhammad Faris memaklumkan ibunya ditempatkan di Wad Penjagaan Paliatif Hospital Selayang selepas keadaan kesihatan semakin membimbangkan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ibunya tidak ditidurkan sepenuhnya.

Sebelum ini, penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera turut memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan Ridani yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan tidak stabil.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Romeo dan Juliet, Kilauan dan siri drama Spektra.

 

 

Published by
Nadia Mohamad