
Baru sahaja selepas solat zohor, pelajar perempuan dirempuh sebuah kereta secara tiba-tiba di hadapan surau sekolah.
Ramai yang simpati dan bersedih dengan berita tragis dan nasib pelajar tingkatan satu ini yang mana berlaku di Kota Bharu, Kelantan.
Pelajar Perempuan Tingkatan 1 Maut Dirempuh Kereta
Mangsa, Nur Fatimatul Hawa, berusia 13 tahun, menghembuskan nafas terakhir selepas selesai menunaikan solat Zohor di sekolah.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersiap untuk mengenakan kasutnya. Keluarga mangsa amat terkejut dengan berita kematian.
Abang mangsa, Muhammad Ali Mustaqim, 15, memaklumkan dia menerima berita tersebut sejurus adiknya selesai menunaikan solat Zohor. Ketika kejadian, dia berada di luar sekolah menunggu rakan sebelum dimaklumkan tentang insiden menimpa adiknya.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, dia mendapati adiknya sudah tidak bernyawa di tangga surau dan sempat memeluk jenazah buat kali terakhir.
Kenderaan Parking Berhampiran Surau

Difahamkan, kenderaan yang terlibat dipercayai berada berhampiran kawasan surau sebelum insiden berlaku.
Bapa mangsa, Mohd. Azaudin Abdullah, 43, berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu ketika berada di tempat kerja.
“Sebaik tiba di sekolah, saya lihat anak sudah terbaring kaku di surau. Saya tergamam melihat keadaan itu,” katanya.
Tambahnya, pihak sekolah memaklumkan anaknya telah meninggal dunia, namun butiran lanjut kejadian termasuk identiti pemandu masih belum dikenal pasti.
Allahyarham merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan tinggal bersama ibu saudara sejak ibunya meninggal dunia lima tahun lalu.
Anak Yatim Kematian Ibu

Menurut sumber lain, pelajar perempuan itu merupakan anak yatim kematian ibu. Ibunya sudah 5 tahun meninggal dunia. Selepas kematian ibu, arwah Nur Fatimatul Hawa tinggal dengan nenek dan mak saudara sambil bantu jual kuih.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




