Pelajar autistik raih keputusan cemerlang STPM. Tahniah diucapkan buat para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang .
Pagi tadi Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, angka itu merupakan peningkatan 0.01 mata daripada 2.84 yang direkod pada tahun sebelumnya. Selain itu, beliau berkata, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus meraih PNGK 4.00, iaitu peningkatan 150 calon berbanding 2023.
Seperti mana dilaporkan Kosmo Online! Seorang pelajar autistik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang telah mendapat keputusan cemerlang. Pelajar tersebut telah meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Alam Haikal Jansari Anuar turut mendedahkan dirinya sentiasa istiqamah dalam melaksanakan amalan harian dengan melakukan solat tahajud dan membaca al-Quran. Selain itu dirinya juga memberi tumpuan di dalam kelas dan proses mengulang kaji pelajaran.
Selain itu ibu Alam Haikal, Norlaila Ismail juga berasa sangat bersyukur dan memberitahu dirinya sentiasa mendoakan terbaik buat anakya itu.
“Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Alam Haikal. Saya membesarkan tiga anak orang kurang upaya termasuk Alam Haikal,” terang Norlaila yang sangat berharap Alam Haikal dapat menyambung pengajian ke menara gading.
Beri Fokus Sepenuhnya
Alam Haikal juga menjelaskan dirinya mengulangi kaji setiap mata pelajaran selama enam jam yang dibahagikan kepada dua sesi.
“Sesi pertama bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi seterusnya pada pukul 4 petang hingga 7 malam.
“Saya akan memberi fokus yang penuh kepada setiap mata pelajaran tidak kira semasa berada di dalam kelas atau semasa proses mengulang kaji,” ungkapnya.
Sumber & Foto : KOSMO! ONLINE
Baca Disini: Kepayahan Ibu Jadi Aspirasi, Anak Pencuci Bangunan Raih Keputusan Cemerlang Dalam STPM
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.