Isu Sosial

Peguam Syarie Dedah Guru Bergelar Ustaz Ketagih Video L*cah, Minta Isteri Lakukan Hubungan Intim Bertiga

Share

Peguam syarie dedah pendidik bergelar Ustaz ketagih video lucah, “minta isteri lakukan hubungan dengan lelaki lain. Bila hidup bertunjangkan nafsu. Tidak dapat membezakan yang halal mahu pun haram. Inilah realiti gelap lagi menakutkan terjadi dalam dunia rumahtangga.

Nampak seperti tidak masuk akal namun pendedahan seorang Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Suzana Ghazali yang sudah berpengalaman selama 28 tahun dalam  berkongsi kisah  dunia rumahtangga  jelas menunjukkan dunia rumahtangga  yang sepatutnya dibina berdasarkan sakinah, mawaddah dan rahmah namun ramai bertopengkan iblis demi melayan nafsu serakah.

Peguam Syarie Dedah Pendidik Bergelar Ustaz Ketagih Video L*cah

Dirinya berkongsi, ada antara isteri juga suami yang melakukan kerja gila iaitu menjalin hubungan intim bertiga (istilah menyebut threesome) dan menganggap hal itu. Ada melakukan atas alasan suami lebih terangsang jika bertiga di atas ranjang. Dan pastinya pendedahannya  itu sangat mengejutkan kerana yang meminta hubungan songsang ini adalah pasangan guru di mana si suami adalah Ustaz dan bergelar imam masyarakat.

Peguam Syarie Dedah Pendidik Bergelar Ustaz Ketagih Video L*cah – Suzana Ghazali

“Kali pertama saya dapat kes hubungan threesome/trisom/seks bertiga adalah daripada pengakuan isteri (ada saya kongsikan kes di FB ni pada 14 April yang lalu) mengenai suaminya yang mahu adakan hubungan seks bersama isteri dan  teman wanita suaminya serentak.

Menurut wanita yang mendapatkan nasihatnya itu sebagai isteri yang taat, dia menurut. Bukan sekali tapi berkali-kali hingga dia rasa cemburu dan sakit hati sangat-sangat, jadi sebab dia cari saya.

“Ikut info dikongsikan masa tu, dia dan suami pernah terlanjur sebelum nikah, berkahwin muda dan hingga saat ini (tika sesi bersemuka diadakan) dia dan suami masih aktif ke kelab malam hatta masa ada baby, sanggup tinggalkan dengan anak berusia 11 tahun.

“Terkini, saya dapat aduan berkait threesome/trisom lagi. Aduan daripada isteri awal 30-an mengenai suaminya (seusia) yang pernah minta mahukan adakan hubungan threesome/trisom. Menurut isteri, suami mahukan dia beraksi sekatil bersama suami dan seorang lelaki lain.

“Klien membantah sebab tahu hukum dilaknat Allah tapi kata suami, boleh bertaubat sebab Allah tu Maha Pengampun. Klien kekal degil dan memaklumkan permintaan ini sekitar awal 2025.

“Hujung 2025, seorang lelaki hubungi isteri ini memaklumkan mengenai suaminya ada hubungan dengan isterinya dan sudah berzina berkali-kali. Dipendekkan cerita, suami mengaku perbuatan tersebut dengan alasan suka tengok perempuan seksi, tak nak isteri tutup aurat, biar pakai ketat-ketat dan jadi perhatian lelaki lain, buat dia terangsang.

Jelas Suzana, isteri menolak permintaan suami kerana masih tahu hukum malah isteri ini  mengakui sudah terbiasa seksi di depan suami kerana itu yang dimahukan suami untuk rasa terangsang.

“Nauzubillah, walau isteri sudah seksi di depan suami namun suami ini mahu keseksian isterinya itu dipandang lelaki lain. Mereka cuba dapatkan bantuan tapi tak berjaya sebab rujuk pada non muslim.
Tambah peguam syarie dan perunding keluarga ini juga, terkini awal April baru ini,  kantoi suaminya juga seorang Ustaz  menginap di hotel dengan seorang wanita dari seberang dan dalam masa yang sama sedang merancang untuk lakukan hubungan threesome/trisom dengan individu lain.
“Isteri ini cari saya kerana dirinya nekad bercerai dan sudah tidak tahan dengan nafsu suami yang di luar batas agama.
Berkongsi lebih lanjut lagi, kegilaan manusia bertunjangkan nafsu ini, kata Suzana dirinya membuat perbandingan dengan kes yang terjadi pada  14 April?

“Pasangan di atas memang hidup bergelumang maksiat (minum arak jugak) tetapi dalam kes terkini ini, suami dan isteri adalah pendidik di mana si suami adalah ustaz malah biasa menjadi imam. Si suami mengaku ada hasrat macam tu sebab terbiasa tengok video-video porn.

Sungguhlah RasullulLah SAW amat takut umatnya yang mengikut hawa nafsu.

Haaa jangan kait isteri tak benar poligami pula sebab dalam dua-dua kes, suami tak pernah sebut pasal nak poligami…! Dah dapat free.

Dirinya turut menasihati isteri yang diuji dengan suami begini agar segera bertindak.

“Para isteri yang tahu suami gila porn tu, bertindak ya…!! Tengok porn tu haram! Berdosa besar dan ada ulama yang sebut boleh terpadam terus semua pahala yang ada. Jangan  terpedaya dengan ayat suami: “biasalah lelaki…!!” Biasa apanya kalau sah-sah dosa??

“Betul la Allah tu Maha Pengampun tapi dengan syarat betul-betul taubat. Kalau minta ampun kemudian ulang dosa sama dan mintak ampun lagi, tu taubuat!! dan  yakin ke dosa diampunkan?! Buatnya tengah dalam dosa dicabut nyawa?

AstaghfirulLah!!! Ya Allah…!! Jauhkan kami dan seluruh zuriat keturunan kami daripada maksiat zina dan pra zina Ya Allah, aamiiinn!!!
Published by
Almaswa Haji Che Ros