Pedasnya Menyengat Namun Khasiatnya Lebih Hebat. Itulah Cili Merah!

Share

Pedasnya menyengat namun khasiatnya lebih hebat itulah cili merah. Cili merah atau nama saintifiknya capsicum annuum terkenal dengan rasa pedas yang mampu membakar mulut.

Pedasnya Menyengat Namun Khasiatnya Lebih Hebat

Cili biasanya digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan. Ia boleh dimakan mentah, dikering atau dikisar menjadi serbuk. Serbuk cili merah dikenali sebagai paprika.

Capsaicin adalah sebatian tumbuhan bioaktif utama yang terdapat dalam cili merah. Capsaicin ini bertanggungjawab untuk memberikan warna merah, rasa unik, dan pedas.

Sebatian tumbuhan bioaktif lain yang terdapat di dalam cili adalah capsanthin, violaxanthin, lutein, asid sinapic, dan asid ferulic.

Terdapat pelbagai vitamin dan mineral dalam cili merah. Cili merah dikatakan amat tinggi kandungan vitamin C, Vitamin B6, Vitamin K1, Vitamin A, Potassium, dan tembaga.

Buat Sendiri Cili Kisar, Tabur Garam & Asam Keping, Elak Cepat Berkulat, Masam

‘Budak Kampung’ Bergelumang Lumpur Kini Usahawan Cili Padi Sukses

Banyak khasiat yang boleh diberikan oleh cili merah terhadap kesihatan tubuh.

1-Mengurangkan Berat Badan

Cili mengandungi capsaicin yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Perkara ini berlaku kerana capsaicin dikatakan meningkatkan suhu tubuh sekaligus berperanan meningkatnya degupan jantung.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang suka makan pedas biasanya makan dalam jumlah yang sedikit. Hal ini boleh membuatkan berat badan lebih terjaga.

Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik di University of Tasmania yang diterbitkan dalam Amerincan Journal of Clinical Nutrition bulan Julai 2006 membuktikan bahawa dengan pengambilan cili merah dalam kehidupan boleh memberi kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis.

Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60 peratus selepas makan cili.

2-Menyihatkan Jantung

Cili dikatakan mampu menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan kadar kolesterol jahat atau LDL mampu mencegah oksidasi yang menyebabkan penyumbatan pembuluh darah.

Capsaicin juga efektif dalam melawan inflamasi yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.

3-Meningkatkan Fungsi Pencernaan

Manfaat cili dalam saluran pencernaan adalah dikatakan mampu meningkatkan edaran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Capsaicin juga dikatakan mampu membantu membunuh bakteria H.pylori penyebab sakit pedih ulu hati.

Tetapi jika anda mengalami pedih hati setelah makan pedas, cubalah tablet antiasid yang akan meneutralkan asid di perut.

4-Menghilangkan Gejala Selesema

Capsaicin dikatakan mampu membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selesema yang mengganggu.

Makanan pedas juga dikatakan mampu membantu membuka laluan pernafasan, mengurangi sinusitis, dan gejala selesema lainnya.

5-Mudah Tidur

Terdapat kajian yang menemukan kaitan makanan pedas memudahkan seseorang itu untuk tidur. Apabila anda mudah tidur sudah pasti tidur itu akan nyenyak. Anda juga akan mudah untuk bangun pagi.

6-Beri Ketenangan

Cili merah dikatakan mampu meningkatkan tahap endorfin dan serotonin yang menghilangkan rasa sakit dan memberi perasaan tenang. Hormon ini bertindak seperti pelawan stres dan depresi.

MW: Walau suka makan cili, namun pengambilannya perlulah dalam tahap sederhana bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber: Pelbagai sumber dari laman web di internet

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN