Keju…Memang Sedap Tapi Awas! Makan Berlebihan, Boleh Gemuk!

Share

Sebut saja keju, pasti ramai yang ‘menggilai’nya terutama wanita kerana rasanya yang sedap. Namun awas, jangan makan berlebihan sebab ia tinggi lemak!

Jika dahulu, keju banyak digunakan di dalam masakan barat, tapi kini, masakan tempatan sudah banyak yang diubahsuai mengggunakan keju.

Bayangkan, hidangan asli Melayu pun ditambah keju dan viral. Misalnya kepok lekor keju, pisang goreng keju dan macam-macam lagi. Kalau boleh, semua makanan dimasukkan keju di dalamnya!

Jadi, sudah dapat dibayangkan betapa keju ini sudah menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia.

Tinggi Kalsium Dan Protein

Topik “Fenomena Keju” telah menjadi pilihan untuk dibincangkan di dalam Mingguan Wanita Talkshow hari ini. Antara tetamu yang diundang ialah Prof. Madya Dr. Zahara, Pakar Dietetik, Ketua Jabatan Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Menurut Prof. Madya Dr. Zahara, pengambilan keju disarankan di dalam diet seharian. Ini kerana keju kaya dengan protein, tinggi kalsium, mineral D dan sebagainya.

Keju juga boleh diambil sebagai alternatif untuk sumber makanan tinggi kalsium. Walau bagaimana pun, awas ye. Pengambilannya perlulah secara bersederhana kerana ia boleh menyebabkan berat badan naik kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Jadi, ambil secara seimbang, sebagai sebahagian daripada diet. Jangan bergantung kepada keju sahaja sebagai sumber protein dan kalsium dalam diet.

Prof. Madya Dr. Zahara juga mengakui dirinya sendiri memang penggemar keju. Dia sering menjadikan krim keju sebagai sapuan bagi menggantikan jem.

Alahan

Selain itu, keju mungkin tidak sesuai diambil oleh orang yang mengalami lactose intolerance, satu keadaan, apabila seseorang itu mengalami gejala tertentu akibat keupayaan menurun untuk mencerna laktosa, gula yang terdapat dalam produk tenusu. Gejala mungkin termasuk sakit perut, kembung, cirit-birit dan loya.

Bagi peminat keju, disarankan untuk membeli keju asli kerana ia mampu menjadi sumber makanan yang sihat. Namun pastikan, diambil dalam kuantiti sederhana sebab tinggi lemak. Walau bagaimana pun, keju asli di Malaysia agak mahal harganya dan kebanyakan keju bukan asli mengandungi banyak garam dan ditambah perasa lain.

Memang menarik topik hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Demo memasak dua resipi menggunakan keju juga turut dikongsikan.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

IKLAN