paraben pembunuh dalam senyap

Allah… cukup risau bila terbaca tentang paraben yang boleh jadi pembunuh dalam senyap! Malahan rupa-rupanya paraben ini adalah sejenis bahan pengawet yang paling banyak digunakan dalam produk kosmetik. Nak tahu lebih jelas dan macam mana paraben boleh membunuh? Sila baca perkongsian daripada Nurasykin Ali ini…

Semalam ada kawan kak ekin baru je kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan 2 minggu lalu, ex-officemate dah dipotong payudaranya kerana kanser.

Hati kak ekin mula rasa bimbang. Lantas kak ekin terus buat kajian untuk cari punca kanser. Nahhh… hasil dari carian blog Dr Zubaidi mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben!
Hurmmm..kak ekin dah start berpeluh. Terus mencari lagi info ape kebenda nya paraben tu?

Paraben ni sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana ianya jauh lebih murah dan mudah.

IKLAN

Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tak kesah la nama dia methylparaben ke ethylparabel ke atau propylparaben..tu sume adalah sejenis paraben.
Ini adalah sangat serammmm..! Lagi seram dari layan cite fiksyen syasya hokey.

Bagaimana Paraben boleh tercetusnya Kanser?

Paraben ni dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.

IKLAN

Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.

Paraben bukan je merangsang kanser payudara tauuu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko sakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.

IKLAN

Oleh itu kak ekin nak pesan berhati-hati la dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas dari Paraben.

Kak ekin memang faham ajal maut cara kematian tu semua di tangan tuhan. Tapi awak pun kena la berusaha cari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya sebab awak nak cantik dengan cepat.
So sayangi lah diri ANDA gais!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI