
Sumber Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Pelakon Zarina Zainuddin yang bergelar isteri dan ibu mencurahkan luahan hatinya tentang kaum wanita yang banyak berkorban demi suami dan anak-anak.
Wanita yang terkenal sebagai seorang ibu yang kental dan tabah apatah lagi terpaksa berhadapan dengan karenah dua anak kembarnya, Azal dan Azil yang juga merupakan anak istimewa autisme, tidak pernah mengeluh dengan kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Dia yang sering berkongsi foto dan video aktiviti harian bersama anak-anaknya di media sosial kadangkala mengundang sebak netizen.
Wanita yang bukan saja bergelar pelakon ini juga begitu gigih menjalankan perniagaan makanan, pulut kuning dan rendang. Terbaru menerusi entri di akaun Facebook Zarina menasihati kaum lelaki agar menghargai kaum wanita terutamanya golongan isteri.
Golongan wanita ini bukan saja melakukan pelbagai kerja rumah malah menolong juga membantu menjana pendapatan keluarga. Apa yang dilakukan oleh mereka haruslah dihargai.
“Wanita dapur dan kerja kerja rumah tak pernah habis sampai putus nyawa baru habis tidak dapat di pisahkan.
“Kita dah masak kita kemas lepas masak kemas lagi cuci baju menyapu mop lantai bersihm cuci tandas, cuci pingan. Tangan tak kering lagi sampai lagi pinggan baru cuci lagi kemas peti ais, memasak pagi untuk sarapan tengahari untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam,” luah Zarina.
Bukan itu saja malah Zarina menerangkan sebagai suri dalam rumah tangga, wanita tidak pernah duduk diam.
“Kita mak mak buatkan juga, lepas tu gosok baju kemas bilik, petang petang siram bunga segar sikit mata tu tengok hijau daun-daun pokok.
“Apa pun tugas wanita tidak akan pernah habis dan tak mungkin dapat di ambil alih oleh lelaki.
“Jadi para lelaki suami, anak anak hargailah wanita yang tetap tersenyum dan tak akan pernah penat melayan kerenahmu,” kongsinya lagi.
Baca Disini Juga:
Norman Hakim Hiba, Teringatkan Momen Arwah Dr. Zarina Sambut Kelahiran Anak Pertama Hingga Keenam
Menerusi ruangan komen, warganet memberi komen positif, bersetuju dengan pendapat Zarina. Malah ada yang memuji keikhlasan Zarina.
Qaseh Shamin Amanira Qaseh
Sumber Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita