bekas kekasih

Tak pelik pun, memang ada sesetengah pasangan masih simpan kenangannya dengan bekas kekasih. Nak-nak pula dapat peluang reunion dengan bekas kawan sekolah, masa ini  mulalah nak ‘flashback’ kejadian dulu-dulu. Memang mengundang.

Daripada terus hanyut dengan perasaan tak patut itu, rasanya lebih adil jika ikut cara saudara Akhtar Syamir, buang terus dan bergerak ke depan. Itu lebih selamat dan membahagiakan pasangan kita.

Buang Kenangan Dengan Bekas Kekasih

EX LOVER? Suami dan isteri wajib MOVE ON.

Kenapa anda semua perlu memadamkan semua kenangan lama dengan bekas kekasih anda?

Simple. Atas dasar hormat. Baik suami atau pun isteri, jika anda masih menyimpan kenangan lama dengan bekas kekasih, ini bermakna anda belum MOVE ON.

Tak kira la anda dah menikah 18 tahun sekali pun dan ada 5 orang anak. Jika anda masih SAYANG untuk membuang semua kenangan bersama bekas kekasih atau tunang, anda sebenarnya tidak berlaku adil dengan pasangan anda sekarang. Kerana anda masih tidak memberikannya 100% hati anda.

Apalah gunanya lagi benda yang sudah lepas tu? Buanglah. Buat gaduh je nanti. Memang betul, pasangan anda secara teorinya tiada hak di atas apa yang berlaku sebelum dia hadir dalam hidup anda. Tetapi, pasangan tak salah juga untuk rasa cemburu kerana terfikir yang hati pasangannya pernah dimiliki orang lain.

IKLAN

Apa Tujuan Simpan?

Apa motif anda untuk simpan? Untuk imbau kenangan? Kerana ianya pernah manis? Ini bermakna di dalam hati anda masih ada dia. Kenapa benda ini perlu diambil serious?

Kerana ada terjadi yang suami secara tiba – tiba mula berkomunikasi semula dengan bekas kekasihnya. Ini kerana masih ada lagi perasaan di dalam hati terhadap bekas kekasihnya itu sehinggakan suami itu rasakan tidak manis jika tidak membalas mesej. Akhirnya, dari balas 1 mesej, sehingga 10 mesej. Dari 10 jadi 100.

Ingat tak bila kita jumpa member – member sekolah lama? Kita seronok berborak bercerita kisah lalu. Sama juga yang terjadi bila pasangan kita “jumpa” kembali bekas kekasih dia. Pasti ada kisah lalu yang diceritakan.

Mulalah ingat saat – saat indah semasa bercinta. Dating kat mana, makan bersama, keluar bersama. Mungkin juga ada yang pernah terlanjur dahulu. Pasti teringat semula saat – saat yang tidak sepatutnya itu.

IKLAN

Inilah realitinya.

Risiko jika kita tidak MOVE ON. Dipetik sedikit sahaja, memori itu akan datang kembali. Lepaskanlah. Buang dia dari hati anda. Dia bukan sebahagian dari hidup anda lagi. Hormatilah pasangan anda sekarang yang nyata di depan mata. Yang sudah itu sudahlah.

Benda – benda peribadi dahulu ini tidak perlu diketahui sekarang. Tak kira la baik atau tidak baik. Ia bakal membinasakan.

IKLAN

Gambar, mesej, surat cinta, barang – barangan hadiah bercinta dahulu, semua ini perlu dibuang. Kalau isteri anda koyak gambar bekas kekasih di depan mata, cuba rasa hati tu macam mana? Kalau ada perasaan marah, anda belum MOVE ON. Kalau tiada perasaan, buang je semua. Bakar ke buang senyap – senyap ke. Kosongkan fikiran anda dari benda tu semua. Penuhkan ia dengan pengalaman sekarang.

Untuk bekas suami atau bekas isteri pula lain penangan dia. Saya yakin bukan mudah untuk melepaskannya. Saya tidak boleh komen mengenai hal ini. Saya berharap kepada yang sedang melalui keadaan ini supaya anda tabah dan cuba untuk terus pandang ke hadapan.

Hormat Perasaan Pasangan

Ambil yang positif, lepaskan yang negatif dan jangan lupa untuk menghormati pasangan yang sekarang atau akan datang. Ini supaya tidak akan ada perasaan membanding – banding yang akhirnya akan menghadirkan keadaan yang tidak baik untuk hubungan.

Adakah anda masih simpan kenangan lalu?

Adakah anda setuju, suami dan isteri wajib MOVE ON?

Semoga dapat memberi kesedaran. Kongsikan nasihat ini supaya lebih ramai orang tidak terlepas pandang perkara ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI