Ozlynn Selamat Bersalin Anak Kelima, Namun Masih Tidak Bersedia Terima Kunjungan Tetamu Atas Sebab Ini

Share

Pelakon Rozlinawaty Ismail,37 atau lebih dikenali sebagi Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan,34 mengesahkan telah selamat bersalin anak kelima baru-baru ini. Ia juga merupakan kelahiran puteri kedua bagi pasangan bahagia ini.

Dalam rakaman video dan gambar-gambar yang dimuat naik, Ozlynn sekaligus menjawab pertanyaan para pengikut dilaman instagram mereka, yang bertanyakan khabar sama ada dirinya telah bersalin.

Menurut Ozlynn,tarikh jangkaan bersalin adalah pada raya ketiga. Meskipun bayi ‘dipaksa’ lahir, namun kelahirannya tetap secara normal. Apa yang paling penting adalah, puteri kedua yang masih belum diberi nama ini dan dirinya berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Selain itu, pasangan ini juga turut meminta maaf serta menyatakan masih belum bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang berhasrat datang ziarah bayinya.Ini kerana demi memastikan diri benar-benar sihat serta mereka masih dalam proses membiasakan diri dengan keadaan bayi yang masih kecil.

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya.. dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia..raya ke 3 dia tak mahu juga keluar so kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal.So now papa nak mama berehat puas-puas memandangkan nanti malam dah mula berjaga untuk baby.. al maklum la kami tiada helper.. jadi semuanya sendiri.”

“Bukan tidak mahu menerima kunjungan.. tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua. Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan baby yang masih fragile.So harap semua faham.. tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami.. ok jangan panik tengok video tuh.. pastinya keselamatan diutamakan.. maklumlah sakit pun tak habis lagi.. InsyaAllah bila ozlynn ready hangpa boleh mai umahhhh naaa…”

Ingat!! Jangan berniat untuk kenyam anak aku.. aku tau ada yang dah kancing-kancing gigi tengok gambar anak aku. Selamat datang baby #familyhanania .. #mambono5 #3.9kg

Terdahulu, perkahwinan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang lelaki bernama Ariq, Sodiq, Haziq dan seorang perempuan Nur Latifah Chantiq Hanania.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran bayi tersebut. Semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta melimpahkan rezeki buat keluarga ini. Buat yang berhasrat ingin datang berziarah, tangguhkan dulu hajat tersebut, hormatilah permintaan pasangan ini.

Sumber:Instagram jozlynnhanania

IKLAN