“Orang Lain Tak Boleh Rosakkan Bahagia Kita Selagi Kita Tak Benarkan Mereka ‘Kacau’ Bahagia Kita”

Share

Orang lain tak boleh rosakkan bahagia kita!  Pernah dengar tak, orang lain tak boleh rosakkan bahagia kita selagi kita tak benarkan mereka ‘kacau’ bahagia kita. Mereka buat macam-macam, cakap itu ini, kita tak ambil hati kita rasa tenang saja.

Pakar Motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dengan panggilan Tok Abah berkongsi pandangan tentang ketenangan dalam kehidupan kita. Paling penting jangan beri orang lain kuasai diri dan mengawal kehidupan kita.

“Orang Lain Tak Boleh Rosakkan Bahagia Kita”

“Jangan biarkan tindakan dan sikap orang lain merosakkan ketenangan dan mood kita. Entah-entah, tindakan dia itu kita saja yang terasa. Dia tak rasa apa-apa pun, rasa bersalah pun tak.

Kadang-kadang orang sengaja buat kita sakit hati. Kalau betul kita rasa terganggu dengan tindakan dia, maksudnya dia berjaya untuk kacau ketenangan kita. Takkan kita nak beri ‘kuasa’ orang lain untuk kawal hidup kita?

Tak Ada Orang Normal Sakitkan Hati Kita Dengan Sengaja

Profesor yang mengajar Tok Abah dulu pesan tahun 1984, “tak ada orang normal akan sakitkan hati kita dengan sengaja.” Jadi kalau kita sakit hati, anggaplah dia tak sengaja. Kalau dia buat dengan sengaja, maksudnya dia tak normal haha

Kenapa kita nak seksa diri sebab tindakan orang lain? Maafkan dan anggap dia tak sengaja. Kita senang hati, hubungan kita dengan orang pun tak rosak,” kongsi Fadzilah Kamsah.

 Baca Disini : Suami Panas Baran, Ini Tip Power Dikongsikan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

 

Simpan Emas, Simpan Nilai

Jangan tunggu esok. Miliki emas hari ini — pelaburan yang tak lapuk dek masa. Bila orang lain menyesal, anda tersenyum dengan bijak 💰

Lihat Koleksi

Simpan Emas, Simpan Nilai

Jangan tunggu esok. Miliki emas hari ini — pelaburan yang tak lapuk dek masa. Bila orang lain menyesal, anda tersenyum dengan bijak 💰

Mula Simpan Sekarang

Published by
Norhayati Suboh