Oktovia Manrose Akhiri Zaman Janda, Kini Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak

Share

Oktovia Manrose akhiri zaman janda, kini sah bergelar isteri bekas pemain bola sepak. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Oktovia Manrose.

Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose dan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor kelihatan begitu cantik di atas pelaminan.

Oktovia Manrose Akhiri Zaman Janda

Ibu kepada Muhammad Rayyan Zulkarnain, 9 ini telah bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada bekas pemain bola sepak untuk kelab Melaka United, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam pada 21 Disember 2021.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Wang Hantaran Dirahsiakan

Seperti mana yang dilaporkan majlis yang bertema dalam taman itu, Khairul Efsan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Malah pengantin perempuan juga turut menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Untuk rekod, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abdul Rahman dan kemudian berpisah.

Baca Disini Juga:

Oktovia Manrose Terima Lamaran, “Sedar Ada Bakat Menyanyi, Cuma Perlu Diasah”

“Saya Tiada Masalah Dengan Status Ibu Tunggal” Buat Terbaik Untuk Anak – Oktovia

Ibu Tunggal Jangan Ikutkan Hati Yang Sunyi, Mahu ‘Dating’ Eloklah Beritahu Anak Dulu

Sumber / Sumber Foto : Instagram Oktovia Manrose

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

IKLAN