Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!

Share

Barisan produk hasil kerjasama ini memperkenalkan gabungan estetik BMW yang sofistikated bersama inovasi pintar Nuna dalam setiap rekaan, sempurna untuk keluarga moden yang menuntut keselesaan, keselamatan dan gaya dalam satu pakej lengkap.

Tiga model utama dalam koleksi itu ialah stroler bayi MIXX™ next, TRIV™ next dan TRVL™ lx, yang menampilkan kemasan eksklusif yang diilhamkan daripada DNA rekabentuk BMW seperti corak roda rekaan BMW, kemasan kulit ‘luxe leatherette’ dan aplikasi logo BMW.

Semua produk direka untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga masa kini, memudahkan perjalanan harian dan keselesaan maksimum dengan gaya memukau.

Didatangkan dalam warna hitam karbon dramatik, kelabu grafit dan kuning cair, koleksi NunaX BMW ini boleh didapati pada harga sekitar RM2,699 sehingga RM3,999.  Selain itu, terdapat juga beg serbaguna (tambahan) berharga RM1,299, eksklusif dengan logo logam BMW dan dompet (pouch) boleh tanggal.

Koleksi Nuna x BMW kini boleh didapati di ruang pameran Nuna Malaysia, Subang Jaya dan pengedar BMW terpilih seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari www.supremeglobal.com.my

.

 

Published by
Rosmah Idayu