
Norzie Pak Wan Chek, setahun setengah anak tinggal sekolah untuk hafaz Al-Quran kini cemerlang SPM. Personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Chek meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Iman berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meskipun pernah meninggalkan sekolah selama setahun setengah demi menghafaz Al-Quran.
Anaknya difahamkan meraih 8 A dan 1B, sekali gus membuktikan usaha dan kesungguhan yang luar biasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, Norzie mengakui antara perkara yang merisaukannya adalah sama ada anaknya mampu mengejar semula pelajaran selepas kembali ke sekolah.
“Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal Quran. Semua pun risau, sempat ka nak catch-up balik belajar.”
Tambahnya, anaknya turut melalui pelbagai ujian sepanjang berada di tahfiz dan selepas menyambung semula persekolahan.
“Macam-macam ujian iman tempuh masa tahfiz & masa sambung sekolah balik.”
Namun apa yang menyentuh hati, anaknya memilih untuk berdepan segala cabaran dengan tenang.
“Tapi dia senyum, diam & layan ja. Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab & kadang-kadang pelik bila dia belajar.”
Menurut Norzie, sikap anaknya itu akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM, sesuatu yang turut mengejutkan keluarga.
“Daddy & mummy sangat bangga & terkejut.”
Dalam masa sama, Norzie turut menekankan kepentingan doa sebagai kekuatan utama sepanjang perjalanan tersebut.
“Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa.”
View this post on Instagram
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM serta mengajak agar terus saling mendoakan.
“Tahniah juga kepada anak-anak yang lain, kita saling mendoakan semoga semua dipermudahkan & berjaya dunia akhirat.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji ketabahan anaknya dalam mengejar semula pelajaran selepas tempoh meninggalkan sekolah demi hafazan Al-Quran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




