Inspirasi

Nora Danish Baiki Diri Sepanjang Ramadan, Tak Mahu Solat Dengan Tergesa-gesa

Share

Nora Danish baiki diri sepanjang Ramadan, tak mahu buat solat dengan tergesa-gesa. Semakin manis dan dilihat semakin banyak berkongsi perkara yang baik, pelakon Nora Danish mengakui sedang berusaha memperbaiki diri sepanjang Ramadan dengan memberi fokus terhadap kualiti ibadah, khususnya solat agar dilakukan dengan lebih tenang dan penuh penghayatan.

Nora Danish Baiki Diri Sepanjang Ramadan

Nora Danish

Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, antara perubahan kecil yang ingin dilakukan ialah tidak lagi tergesa-gesa ketika menunaikan solat sehingga menghilangkan rasa khusyuk.

“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini?”

Bagi saya, saya cuba untuk memperlahankan diri dan tidak tergesa-gesa ketika solat.

“Saya tidak mahu ibadah itu terasa seperti satu tugasan semata-mata,” kongsinya dalam Threads.

Tak Mahu Buat Solat Dengan Tergesa-gesa

Nora Danish

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang tersentuh dengan kejujuran pelakon siri popular, Puteri

itu dalam memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

Rata-rata menyifatkan luahan tersebut sangat dekat dengan realiti kehidupan umat Islam masa kini.

Perkongsian jujur macam ini buat saya rasa tak keseorangan. Memang ramai bergelut nak kekal khusyuk,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ramadan memang masa terbaik untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Semoga kita semua dipermudahkan,” komen seorang netizen.

“Terima kasih sebab ingatkan perkara penting ini. Kadang-kadang kita solat tapi hati di tempat lain,”

ujar seorang pengikut.

Namun, ada juga segelintir pihak yang berpendapat perubahan sebenar memerlukan usaha berterusan dan bukan hanya azam bermusim. Pendek kata, memerlukan istiqomah. Apa pun kita doakan yang baik-baik buat pelakon ini.

Gambar: Nora Danish

Published by
Nadia