Setiap sekolah berasrama pasti ada versi cerita hantu yang tersendiri.  Setiap cerita hantu ini biar pun berulang kali diulang cerita tetapi masih berjaya menakutkan penghuni asrama terutamanya di kalangan pelajar baru. Seperti mana kisah hantu almari yang cukup popular di kalangan pelajar asrama.

Kisah seram ini berlaku sekitar tahun 1980-an di sebuah sekolah di utara tanahair. Pelajar sekolah ini terkenal dengan disiplin yang tinggi dan rata-rata pelajar memang gerun untuk melakukan sekecil-kecil kerana bimbang dihukum atau lebih teruk dibuang sekolah.

Amar, Hakimi dan Ismail adalah tiga orang sahabat baik dan ke mana sahaja, mereka pasti bertiga. Tinggal di asrama sejak tingkatan satu secara tidak langsung membuatkan mereka lebih berdikari berbanding rakan seusia mereka.

Jumaat Terakhir

Biar pun kadang-kadang mereka tertekan dengan di asrama yang ketat peraturannya tetapi tetap ceria kerana memiliki kawan yang memahami.

Suatu hari pada hari Jumaat terakhir sebelum cuti persekolahan bermula, tiga sahabat ini mengambil keputusan untuk tidak solat Jumaat.

IKLAN

Setelah habis kelas, mereka bertiga pulang ke asrama. Setelah seorang demi seorang rakan seasrama mula ke amsjid, Amar dan Hakimi jadi berbelah bahagi pula.

Rasa bimbang dan takut ditangkap warden asrama semakin kuat, jadi mereka berdua ambil keputusan untuk ke masjid sahaja.

Mereka cuba memujuk Ismail, tetapi Ismail bulat dengan keputusan untuk tinggal sahaja di hostel. Katanya, dia sangat letih dan ingin tidur. Dia meminta kedua sahabatnya mengunci almari dari luar kerana bimbang tertangkap dek warden asrama.

IKLAN

Berkali-kali dia berpesan agar sepulangnya dari masjid, Amar dan Hakimi membuka semula kunci almarinya kerana mereka akan pulang ke kampung petang nanti. Namun, setibanya Amar dan Hakimi di masjid, mereka terkejut keluarga mereka sedang menanti untuk membawa mereka pulang ke kampung.

Keterujaan akhirnya membuatkan mereka terlupa tentang Ismail yang berada di dalam almari. Mereka hanya mengambil beg di asmara dan terus pulang ke kampung halaman masing-masing.

IKLAN

Terkurung Sendirian

Sepanjang dua minggu mereka berada di kampung, Amar dan Hakimi langsung tidak terfikir akan keadaan Ismail yang masih terkurung kerana ketika itu masih belum terdapat talian telefon.

Ismail jadi terpinga-pinga apabila hingga ke petang rakan-rakannya masih belum membuka pintu almarinya. Puas dia mengetuk pintu almari, tiada yang datang membantu maklumlah semuanya telah pulang ke kampung. Puas dia menjerit meminta tolong dan cuba mengumpil pintu namun masih tidak berjaya.

Akhirnya teriakan Ismail semakin perlahan apabila dia berhari-hari tidak makan dan minum. Akhirnya Ismail menghembus nafas terakhir tanpa diketahui sesiapa. Setelah persekolahan bermula, misteri kehilangan Ismail mula tersebar apabila ahli keluarga membuat laporan yang anak mereka tidak pulang ke kampung.