
Ramai anak muda mempunyai impian untuk membina perniagaan sendiri, namun tidak semua mempunyai peluang, sokongan kewangan atau mentor untuk membantu mereka mengembangkan idea.
Melihat kepada perkara itu, Nescafé Malaysia memperuntukkan sehingga RM500,000 bagi menyokong golongan belia Malaysia merealisasikan impian dan aspirasi mereka menerusi projek Hidupkan Duniamu.
Baca artikel: “Tak sempat banggakan ayah…” – Khairul Aming Menangis Imbas Perjalanan Bangunkan Bisnes Dari Bawah
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, pelaburan tersebut akan menyediakan sokongan mentor serta peluang kepada belia untuk merealisasikan idea dan membangunkan syarikat pemula niaga atau startup
yang diimpikan.“Nescafé akan melaburkan RM500,000 dalam peluang kehidupan untuk membantu belia Malaysia dengan sokongan mentor dan peluang untuk menghidupkan startup yang mereka ingin bina.”
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini, inisiatif Nescafé itu memberi tumpuan kepada golongan muda kerana ramai antara mereka mempunyai impian dan minat yang besar.
Sebahagian golongan muda juga sudah memulakan perniagaan atau startup pertama sebagai aktiviti sampingan, namun berdepan cabaran untuk mengimbangi kerjaya dan komitmen kewangan.
Melalui projek Hidupkan Duniamu, peserta yang terpilih akan menerima sokongan kewangan, bimbingan mentor serta platform untuk berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan membangunkan first startup mereka.
Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan bantuan, selain belajar daripada pengalaman membina perniagaan.
Inisiatif Nescafé ini turut tercetus susulan penglibatan syarikat dalam pelbagai program bersama masyarakat sejak Mei lalu.
Antara kumpulan yang pernah menerima penglibatan tersebut termasuk warga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta petugas barisan hadapan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di Johor.
Lebih 300,000 cawan kopi telah disediakan menerusi pelbagai penglibatan berkenaan, selain menyediakan ruang untuk mereka berehat, bersantai dan berinteraksi.
Bagi projek Hidupkan Duniamu, penyertaan akan dibuka mulai 1 Oktober bersempena Bulan Kopi Antarabangsa.
Peserta perlu menyediakan video TikTok berdurasi 90 saat serta berkongsi gambar bagi membolehkan idea dan impian mereka dipertimbangkan untuk pemilihan.
Bagi Nescafé, sokongan kepada golongan muda ini diharap dapat membantu mereka mengubah aspirasi kepada peluang yang boleh direalisasikan.
Buat anak muda yang sudah mempunyai idea untuk membina perniagaan atau startup, peluang seperti ini boleh menjadi salah satu ruang untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan bagi membawa idea mereka ke peringkat seterusnya.
Baca juga artikel: Bisnes Tak Perlu Dibina Seorang Diri, Ini Sebab Jaringan Penting Untuk Usahawan