Nekad Tuntut Cerai, Linda Hashim Dedah Tidak Pulang Ke Rumah Bimbang Dikasari & Anak-Anak Trauma Insiden Kekasaran Rumah Tangga

Share

Nekad Tuntut Cerai. Terbaru pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya sudah tidak mampu bertahan dalam rumah tangga dan kesabarannya sudah berada di tahap kemuncak.

Jika dulu dirinya masih mampu bersabar dan berdiam diri namun kini tidak lagi, Malah pemilik nama sebenar Norhazlinda Hashim ini juga menjelaskan  punca sebenar dirinya tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan dek kerana bimbang dikasari selain tiga anaknya berdepan trauma akibat insiden kekasaran rumah tangga sebelum ini.

Nekad Tuntut Cerai

Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Linda turut memberitahu terdapat empat sebab mengapa dirinya menuntut cerai terhadap Beego.

“Pertama, saya kena pukul.

“Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.

“Ketiga, kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan manggakan pintu rumah dari luar,” terang Linda yang turut mempunyai saksi kejadian yang berlaku.

Miliki Laporan Polis

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga memberitahu dirinya memiliki laporan polis serta surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego mendekatinya.

“Saya ada laporan polis dan juga perubatan. Walaupun begitu, atas dasar perikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa anak-anak,” ulasnya.

Linda juga turut pernah memberi amaran kepada Beego agar tidak melakukan provokasi terhadap diri saya dan anak-anak.

“Dia nak buat ‘live’ cari rezeki tiada masalah tapi jangan nak lakukan provokasi terhadap saya. Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi.

“Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya lakukan provokasi.

“Saya ada banyak bukti di telefon dan fail yang belum saya dedahkan. Ini amaran saya,” sambungnya yang menasihatkan Beego agar tidak menggunakan agama untuk menutup perbuatan buruknya kerana segala bukti sampai kepadanya.

Baca Disini : Linda Hashim Nekad Berpisah Dengan Beego, Akui Anak-anak Tahu Mereka Nak Bercerai

Sumber : Harian Metro

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh