Setelah 9 bulan mengandung, saat yang mendebarkan pastinya melalui proses bersalin. Tak kiralah dah berapa kali pun melahirkan anak. Ibarat berjuang di ‘medan perang’, nyawa di hujung tanduk.
Namun apabila mendengar tangisan bayi yang dilahirkan, hilang segala lelah dan kesakitan menahan kontraksi tadi. Hanya doa yang dipohon semoga segala proses kelahiran berjalan lancar. Proses pemulihan pula bergantung sama ada selesa dengan berpantang secara tradisional ataupun moden.
Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd. Nor, 34, serta suami, Haris Ismail, 28, tentunya antara insan yang paling teruja menanti kehadiran cahaya mata kedua mereka yang dijangka lahir tidak lama lagi.
Keterujaan itu dikongsikan pasangan berkenaan sewaktu ditemui pemberita sempena pembukaan restoran Rightside di Mont Kiara, dekat sini, semalam.
Kehamilan Kedua Lebih Tenang & Senang
Kata Neelofa, dia dan suami menanti hari kerana cahaya mata kedua mereka bakal dilahirkan pada bila-bila masa sahaja.
“Alhamdulillah, banyak perkara yang Allah S.W.T mudahkan untuk saya. Kehamilan kedua ini lebih tenang dan senang. Tak ada alahan yang berlaku.
“Namun, cabaran mengandung memang ada. Kesukaran dan kesakitan, lebih-lebih pada fasa trisemester memang ada.
Ads
“Tetapi saya bersyukur, semua dipermudahkan. Bila-bila masa sahaja saya akan melahirkan. Saya mohon doa semua agar proses kelahiran ini nanti berjalan lancar, Insya-Allah,” katanya.
Telah Memilih Nama Anak Kedua
Dalam masa sama, Neelofa turut memaklumkan dia dan suami sudah memilih nama yang akan diberikan kepada anak kedua mereka itu. Katanya, perkara itu akan dikongsikan kepada umum pada masa yang sesuai nanti.
“Nama memang sudah diputuskan. Kami akan kongsikan pada hari ketujuh selepas anak kami dilahirkan nanti,” kongsinya lagi.
Neelofa dan Haris sah menjadi suami isteri pada Mac 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Tak Sabar Berpantang Secara Tradisional
“Saya lahir dan sempat membesar di kampung, tak sabar nak berpantang secara tradisional”
Ads
Itu yang dikongsikan Neelofa apabila ditanya tentang perancangan berpantang selepas melahirkan. Katanya, dia lebih selesa dan yakin cara berpantang ala kampung.
“Insya-Allah, kami akan guna khidmat pakar yang datang dari kampung Haris untuk membantu saya sepanjang 40 hari saya berpantang nanti.
“Saya sangat berharap agar proses pemulihan selepas bersalin nanti dipermudah Allah S.W.T,” katanya.
Pilih Rahsiakan Wajah Anak
Seperti cahaya mata, Muhammad Bilal, Neelofa dan Haris juga merancang untuk merahsiakan wajah anak kedua mereka usai bayi itu dilahirkan nanti.
Kata Haris, tindakan itu wajar dan merupakan pilihan dia dan isteri.
Ads
“Ada tempoh yang kami rasakan perlu rahsiakan wajah anak kami lebih-lebih pada fasa-fasa awal selepas dia dilahirkan nanti.
“Tapi kalau ada yang ternampak dan mengambil video atau gambar, kami tak boleh nak halang mereka. Kami juga mahu anak kami membesar dalam persekitaran yang normal,” kongsi Haris.
Tahniah buat penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, yang telah berkongsi nama anak sulungnya Bintang Aiko bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.
Tuju dan Loca B pada Oktober lalu mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.
Bintang Aiko, Loca B Berpantang Di Rumah
Perkhabaran itu dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
“Nama anak saya Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” kongsi Tuju.
Keputusan Ujian Calitan Negatif
Difahamkan ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.
“Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.
Semalam merupakan detik yang cukup hiba buat Serina Redzuawan apabila dimaklumkan ayahnya, Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali Chef Wan menghidap Kanser Limfoma peringkat awal.
Serina Menangis Sepuasnya
Berkongsi luahan dan kesedihannya, ibu kepada dua orang anak ini berkata hatinya ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai dan menangis sepuasnya apabila diberitahu perkara tersebut.
Assalamualaikum semua, semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar text bagi tau dia ada Kanser Lymphoma, memang sedih..i tak tak dapat tahan air mata, i menangis sepuasnya..
Terima Ujian Dengan Tenang
Serina juga berkata semuanya adalah ujian dan ketentuan tuhan kepada ayahnya. Malah dia juga bersyukur dan berbangga ayahnya menerima ujian sakit tersebut dengan redha dan tenang.
I know Ini Ujian Allah SWT nak beri pada papa & kami sekeluarga, Allah maha baik pilih papa @_chefwan58 , sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu Ahli keluarga adik beradik.
Syukur Alhamdulillah Papa Redha, dia tenang terima ketentuan ini, I’ M proud Of U papa! Insha Allah sakit tanda Allah kasih, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.
Mohon Kesembuhan Buat Papa
Serina juga memohon supaya ramai pihak turut mendoakan kesembuhan buat ayahnya agar kembali sihat.
Mudah mudah sahabat semua yg baca Nukilan Serina ni..tolong doakan kesembuhan buat papa ya. Ingat papa..Kami semua ada, Rina, Aidid @chefriz @l_nurel , adik beradik papa, sahabat & peminat papa semua Sayangkan papa , kami akan doakan papa kembali sihat, Stay strong.”
YA Allah Ya Syafi berikan lah kesembuhan buat Papa ku.Redzuawan Bin Ismail berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya, angkat lah kesakitannya,tingkatkan Imannya , dekat kan selalu Papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim..Aminnnn”
Mingguan Wanita: Sebagai anak memang sedih apabila mak ayah kita yang tersayang jatuh sakit. Semoga diberikan kesembuhan buat Chef Wan, diangkat segala kesakitannya.
Fattah sering kongsi rindu anak & isteri, Pekin Ibrahim kongsi “bila masuk waktu dia minta nak solat terus. Sejak semalam kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura menarik perhatian peminat dan orang ramai.
Ramai yang dilihat #gengfattah dan rata-rata bersimpati dengan nasib rumahtangganya yang dibina selama 7 tahun musnah selepas bekas isterinya, Nur Fazura memfailkan permohonan cerai.
Fattah Sering Kongsi Rindu Anak & Isteri
Dihadapan wartawan semalam, Fazura berkongsi antara tiga sebab rumahtangga mereka runtuh kerana Fattah Amin gagal menunaikan nafkah, berlaku curang selain tiada persefahaman dalam rumahtangga. Bahkan isu pemberian kereta Range Roger, duit raya anak, rumah dan lain-lain lagi dikongsikan usahawan ini hingga ia mendatangkan simpati terhadap Fattah.
Semalam, pengarah yang juga pelakon Pekin Ibrahim turut berkongsi bahawa sepanjang mengenali Fattah dan menjalani penggambaran filem bersamanya, jelasnya menuduh Fattah ada perempuan lain adalah satu tuduhan agak berat.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat .
Dalam pada itu, dirinya berkongsi bahawa Fattah juga dilihat agak mengutamakan ibadah solat hingga masuk saja waktu, Fattah minta rehat seketika untuk bersolat.Jauh sekali dilihat menggatal atau bercerita hal wanita.
Pekin Ibrahim Kongsi “Bila Masuk Waktu Dia Minta Nak Solat Terus
“Semasa penggambaran bersamanya, Fattah dilihat sering berkongsi perasaan rindu pada anak dan isterinya. Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain. Kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia. Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita. Sampai waktu solat, hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.
Dalam pada itu, Pekin akui mengenali Fattah agak lama yang mana Fattah adalah rakan sekelas semasa di UUM dahulu.
“Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik. Ketika saat-saat rumahtangganya tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem.
“Latihan & pengambaran agak lama. Kami luang masa bersama. Tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya. Tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau. Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ni. Mintak jauh hal-hal macam ni. Tapi aku team Fattah. Korang? soalnya yang mana perkongsiannya mendapat perhatian ramai.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!