NASOM Perkenal Logo Baharu, Tekad Memperkasakan Komuniti Autisme

Share

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melakar satu detik bersejarah apabila memperkenalkan logo baharu sebagai simbol evolusiorganisasi, diikuti perasmian bangunan Pejabat Sekretariat NASOM yang kini beroperasi di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Logo baharu ini membawa aspirasi NASOM untuk tampil dengan identiti yang lebih moden, progresif dan seiring perkembangan semasa, mencerminkan tekad berterusan persatuan dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju perkhidmatan dan advokasi autisme di Malaysia.

“Logo baharu ini merupakan medium pemerkasaan yang mencerminkan komitmen NASOM untukterus responsif terhadap aspirasi komuniti autisme dan keluarga mereka. Ia menzahirkan usaha berterusan kami untuk mengambil kira pandangan, harapan serta keperluan ahli dan penyokong, selaras dengan misi NASOM untuk meningkatkan kualiti hidup individu autisme dan memperkukuh penerimaan masyarakat terhadap golongan ini”, Mohd Nazrul Mohd Amin, Presiden NASOM.

Sejak ditubuhkan pada 3 Mac 1987, NASOM komited menyediakan sokongan sepanjang hayat kepada individu autisme melalui pelbagai program termasuk program intervensi awal, intervensi intensif, terapi cara kerja, latihan vokasional dan pembangunan kemahiran. Hari ini, NASOM mengendalikan 18 pusat di seluruh negara, memberi khidmat kepada lebih 400 pelajar dengan sokongan pasukan seramai 120 kakitangan termasuk guru terlatih.

Dalam usaha mengekalkan kelangsungan operasinya, NASOM terus menggerakkan pelbagai inisiatif seperti pameran dan bazar kesedaran autisme, siri wacana, siaran langsung panel diskusi, program pengumpulan dana dan pertunjukan bakat melibatkan individu autism.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, NASOM bergantung kuat kepada sokongan masyarakat. Sumbangan awam termasuk sumbangan kewangan, amat penting bagi memastikan lebih ramai individu autisme dapat menerima akses kepada perkhidmatan yang sewajarnya.

Dengan sokongan masyarakat, rakan korporat dan para penderma, NASOM yakin usaha ini akan membuka lebih banyak ruang penyertaan dan harapan buat individu autisme mencapai potensi terbaik mereka.

Dari segi penerimaa pekerja dikalangan individu autisme masih berada di tahap sedrhana dan banyak ruang yang perlu diberi perhatian.

Kesedaran majikan untuk membuka peluang kepada individu dalam spektrum autisme masih berada pada tahap yang boleh dan perlu diperbaiki. Ramai majikan masih terperangkap dengan stigma, sedangkan golongan ini memiliki kelebihan tersendiri seperti fokus yang tinggi, disiplin kerja yang konsisten serta kejujuran dalam melaksanakan tugasan.

Dengan kefahaman, latihan yang sesuai dan persekitaran kerja yang inklusif, pekerja autisme bukan sahaja mampu menyumbang secara produktif, malah berpeluang membina kehidupan yang berdikari dan bermaruah. Sokongan majikan bukan sekadar memberi pekerjaan, tetapi menjadi kunci penting untuk membuka laluan masa depan yang lebih adil dan berperikemanusiaan kepada mereka.

Di majlis yang sama, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad turut menerima cenderhati berupa beg galas hasil kerja tangan pelajar austime yang mempunyai bakat tersendiri.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Rosmah Idayu