
Rapat Dengan Mentua
Ini pesanan orang lama, nak rapat dengan mentua, menantu kena elakkan duduk sebumbung. Ini lebih ‘manis’ dan bertahan lama dalam hubungan dan boleh kurangkan rasa ‘makan hati’ dalam diam.
Ya, baik macam mana pun, memang akan ada sahaja isu yang membuatkan hubungan mentua dan menantu menjadi panas. Seakan tidak mudah untuk kekal baik selamanya, kalau tak selalu mungkin sesekali akan tercuit tentang sesuatu.
Beruntungnya bila ada mentua dan menantu yang cukup rapat. Anggap menantu ini macam anak sendiri. Macam-macam dibual bila berjumpa. Kadang-kadang ‘terbalik’ pula sebab anak sendiri macam tak berapa nak rapat bukan!
BACA ARTIKEL INI: Sebab Itulah Tak Boleh Paksa Pasangan Untuk Rapat Dengan Mentua, Ipar Dan Biras!
Namun, tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing. Ini contoh situasi yang dikongsi oleh Cikgu Asraf:
‘Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya. Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
‘Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
‘Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit.”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.’
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik.
Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.’
Dia sambung bercerita,
“KALAU TINGGAL SERUMAH, SILAP HARI BULAN MENANTU DAN MAK MENTUA BOLEH BANYAK MAKAN HATI. BAHAYA TUH.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu tak apa, tak bahaya.
Fuh, deep sungguh pesanan mak cik ini! Jika anda salah seorang menantu dan menantu ‘satu kepala’, sila bersyukur dan jagalah hubungan sebaiknya. Jika kurang baik dengan mentua, bersabarlah dan buat yang terbaik.
Jangan tunjuk yang kurang manis depan anak-anak kerana suatu masa anak kan ulang perkara yang sama.
Sumber: Cikgu Asraf