aibkan suami

Kadang isteri bukan niat nak aibkan kaum suami, tetapi cuma hilangkan rasa tak sedap di hati. Kalau dipendam pun bahaya, lama-lama meletop dan akhirnya bergaduh!

Namun sebaiknya, tapis lah dulu mana perlu sebab tak semua cerita boleh dikongsi kepada orang luar. Macam situasi Doktor Muhammad Hassan ini, muncul pandangan tak best bila terdengar cerita  rumah tangga orang lain.

Niat Nak Kongsi Cerita Tapi Jadi Aibkan Suami

“Alah suami aku pun macam suami kau jugak, bukan reti nak bangun subuh sendiri pun. Nak aku kejutkan je tiap hari. Ini pun nasib baik ler dia rajin hantar aku hari ini. Kalau tidak naik grab lah jawabnya. Aku suruh ambilkan botol anak pun susah”

Inilah perbualan yang saya dengar di cafe hospital pagi ini. Hilang selera untuk bersarapan. Semudah itu para isteri dapat dosa.

IKLAN

Puan-puan. Dalam tidak sedar, kita telah mengumpat dan mengaibkan suami sendiri, sedangkan kita rasa itu luahan hati. Puan-Puan dengar saya. Buruk macam mana pun suami jangan kongsi hal rumah tangga kita kepada rakan-rakan lain sesuka hati. Hatta diruang komen facebook sekali pun.

Maaf cakap. Orang perempuan tidak sedar apabila bercakap. Main lepas je. Itu suami awak, jaga aib dia. Ada perkara yang kita tak boleh kongsi kepada orang lain secara umum. Ada masalah kita kena selesai suami isteri. Tidak semua perkara perlu dikongsi dan perlu diselesaikan oleh orang lain. Lainlah jika suami itu kaki pukul, kaki dadah, tidak solat atau sengaja tidak tunaikan nafkah.

IKLAN

Nak Membawang Biar Bertempat

Jangan fikir asalkan ada masalah dengan suami wajib kongsi kepada orang lain,taip difacebook. Nak membawang pun agak agaklah, suami awak tu. Mungkin suami itu penat siang hari bekerja,apa salahnya kejutkan suami untuk solat subuh?

IKLAN

Nasihat saya, sebelum nak cerita masalah rumah tangga fikir sebaik mungkin. Apa kesan kepada rumahtangga kita. Dengan siapa kita nak kongsi. Adakah orang ini boleh membantu kita atau lagi menambah perencah kemusnahan rumahtangga.

Dalam rumah tangga ini kita ada kelemahan masing-masing. Perlu bertoleransi antara satu sama lain. Jangan jadikan kelemahan pasangan kita itu satu bebanan buat kita.

“Akak dosa mengumpat suami” terus saya keluar cafe.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI