Setiap kali menggoreng atau masak kari, tentulah mak-mak akan guna minyak masak. Inilah barangan dapur yang wajib mak-mak guna setiap kali memasak.

Namun, dikatakan tak lama lagi, harga minyak masak akan naik harga. Ini belum lagi barangan dapur lain. Jadi, dah tentu ada yang berkira-kira untuk membelinya.

Tak mustahil ada yang beralih arah dengan menggunakan ‘air fryer’ sebab ia tidak guna minyak masak. Walau bagaimanapun, tak semua rumah memiliki produk ini. Akhir sekali, mak-mak kena juga beli minyak masak.

Jadi, bagaimana nak pastikan langkah penjimatan dalam guna minyak masak ini. Ikuti penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali

Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit

Info Lebih Menarik DI SINI

Guna Minyak Masak Cara Jimat

Harga barangan dapur dah semakin meningkat, Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?

1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.

IKLAN

2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.

3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.

4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.

Boleh cari air fryer, AF Khind ini. Kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.

5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.

6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.

IKLAN

Jangan Campur Minyak Baru Kepada Minyak Lama

7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.

8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.

9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.

10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.

Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.

Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?

IKLAN

Warna bertukar perang pekat.
Minyak menjadi lebih likat.
Minyak berbau tengik.
Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.

Semoga bermanfaat!

Mingguan Wanita : Harga minyak pun boleh tahan juga, itu yang kena berjimat cermat. Tapi jangan sampai berulang kali guna minyak yang dah dipakai. Mak-mak kena perhatikan sebab boleh bahayakan kesihatan pula.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI