Masa hamil inilah ibu kena jaga betul-betul pemakanannya. Ambil suplemen, makan makanan yang sihat dan hindari makanan jenis fast food malah banyakkan membaca al-Quran. Sebabnya ada janin dalam kandungan yang sedang berkembang.
Walaupun dia diam dalam perut, setiap apa yang ibu sumbat dan perdengarkan padanya, dia boleh merasai. Naluri ibu dan bayinya itu memang saling melekat. Guru di SK Sg. Penchala, Nik Mohd Fahmi ini berkongsi tip mengenai jenis makanan yang ibu hamil perlu hindari dan pemakanan yang sepatutnya diambil seperti saranan Dr yang merawat dan mengendalikan isterinya ketika kehamilan dua orang anak mereka.
Baru-baru ni saya terdengar berita tentang pengacara televisyen yang dikurniakan cahaya mata. Lama dah beliau usaha. Bertahun-tahun jugalah.
Kemudian beliau bina sebuah group whatsapp untuk kongsi cara beliau ikhtiar kepada sesiapa yang ingin tahu. Isteri saya, Aimi Nazihah antara yang join. Saja ingin tahu. Terima kasih kepada Azizah Arifin yang sudi berkongsi.
Pagi tadi Aimi cerita, rupanya beliau cadangkan Dr Marsita Mansor untuk dirujuk sebagai pakar sakit puan. Itulah Dr yang merawat Aimi sepanjang check up mengandung Insyirah dan Ibah. Bersalin pun dengan Dr.
Pemakanan yang dicadangkan adalah sama dengan tips yang kami dapat sepanjang check up Aimi dengan Dr Marsita.
Alhamdulillah ramai yang dah dapat kesedaran tentang pemakanan yang sihat ini. Dr Marsita banyak berjasa pada masyarakat. Terima kasih Dr.
Tahun lepas, saya telah tulis pengalaman kami semasa dapat rawatan dengan Dr. Syukur, ramai yang kongsi. Kali ini saya susun semula penulisan tahun lepas dalam bentuk poin untuk senang dibaca. Saya sertakan tambahan pesanan-pesanan dari Dr yang saya cuba ingat semula.
Sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutama wanita mengandung. Bagus juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan
1. Elakkan ambil produk berasaskan pati gamat atau pati ikan haruan. Ia adalah super healing yang menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan membawa masalah bila bersalin nanti.
Banyak kes-kes sebelum ini yang guna produk tersebut, akhirnya bermasalah untuk bersalin.
2. Elakkan makan durian. Sebab ia akan menaikkan kadar gula dalam darah. Kalau nak makan sekalipun, seulas sahaja. Lepas tu minum air masak yang banyak.
Ads
3. Kurangkan ambil fastfood. Kami pun suka fastfood. Tapi cuba untuk kurangkan dari semasa ke semasa.
Kalau pasal pemakanan ni, Dr suka terangkan kenapa dan bagaimana.
Tapi bab fastfood ni, Dr tak terangkan apa-apa pun. Pesanan beliau, jangan sentuh fastfood. Itu sahaja.
4. Elakkan minum soya. Dr pernah ceritakan pengalaman minum soya. Masa tu masih muda, jadi masih banyak yang tak tahu.
Memang dapat anak kulit putih, tapi seksanya bila timbul masalah kulit. Nak rawat semula tu, sangat memeritkan. Jadi, Dr pesan jangan ambil soya.
5. Elakkan makan ayam cucuk. Ini agak sukar. Kami pun hari-hari jumpa lauk ayam dan gemar makan ayam. Cuma kita boleh cuba kurangkan.
Kalaupun kita tak boleh elak makan ayam di luar, kita boleh beli ayam organik atau ayam kampung untuk makan di rumah.
9 Jenis Makanan Yang Bagus Ibu Hamil Amalkan
1. Minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.
Ads
Saya guna jenama ravika, kurang rasa tengik. Mungkin sebab itu, Dr syorkan yang ni.
2. Minum 1 sudu madu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Kalau nak campur dengan air suam pun boleh.
Sekarang saya sekeluarga amalkan madu kelulut. Agak mahal tapi berbaloi. Bagus untuk anak-anak.
3. Minum 1 sudu pati delima sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.
Saya guna pati delima jenama gulsan. Tapi nak guna yang lain pun boleh juga. Pati delima dan minyak zaitun ini ada kandungan anti oksidan untuk cegah kanser.
4. Amalkan susu kambing. Beli yang segar. Jika tak ada, boleh minum susu lembu segar jenama Goodday.
Dr Marsita bagitahu susu Goodday ini susu fresh. Cuba tengok pada tarikh luput, ia cepat tamat. Jika tak ada juga, barulah beli yang sachet.
Ads
5. Amalkan za’faran (safron). Ambil 7 helai atau beberapa za’faran, rendam dalam air suam dan 1 sudu madu.
Tunggu hingga air jadi kekuningan. Boleh bawa bekal ke tempat kerja. Orang kata boleh putihkan kulit bayi bila bersalin nanti. Orang katalah.
6. Makan 7 biji kurma setiap hari. Kalau mampu amalkan setiap hari, tak perlu lagi ambil folic acid ketika mengandung. Dr Marsita bagitahu, dalam kurma itu pun dah sangat banyak.
Kurma ni boleh makan dengan banyak cara. Blender kemudian simpan dalam peti. Campur dengan susu Goodday tadi. Sedap rasanya. Ataupun makan macam tu je.
7. Gantikan jajan anak-anak dengan kekacang yang sihat. Badam, pystachio, hazelnut, walnut. Sangat bagus untuk perkembangan otak.
Jadikan sebagai makanan semasa mengantuk bila memandu, waktu tengok tv dan sebagainya.
8. Kalau ibu-ibu mengandung loya tekak, jangan cari asam. Gantikan asam dengan cranberry. Sangat sedap dimakan terutama bila beli yang dah dikeringkan. Lebih bagus berbanding asam sebenarnya.
9. Minum air kelapa di hujung kehamilan. 8 bulan kandungan dah boleh mula minum. Dr cakap boleh bersihkan kulit bayi ketika bersalin. Memang benar, masa lahirkan insyirah, kulit bersih dan cantik.
Dulu, setiap kali balik sekolah saya akan beli air kelapa yang tak dicampur dengan ais dan gula. Dapatlah Aimi minum hampir setiap hari.
Kawan-kawan, jom kita mulakan pemakanan yang sihat ini untuk anak-anak. Jadikan ia amalan keluarga kita. Amalkan dari awal, insyaallah anak-anak akan sihat. Alhamdulillah, walaupun saya sibuk uruskan klien amanah saham Public Mutual, tapi saya masih tak lupa amalkan pemakanan ini bersama isteri dan anak-anak.
Tidak berpuas hati wasiat yang ditinggalkan, seorang anak sanggup bakar kubur arwah ayahnya. Barangkali jika ayahnya masih hidup, mahu dia luahkan amarah dan meminta ayahnya menukar wasiat.
Barangkali tindakan dia membakar kubur ayahnya dapat mengurangkan sedikit tekanan yang dialaminya. Namun tindakan yang pemuda ini amatlah tidak wajar, apatah lagi ayahnya kini sudah tiada.
Seorang Anak Sanggup Bakar Kubur Arwah Ayah
Viral tentang kisah seorang pemuda di Jakarta, Indonesia nekad membakar kubur arwah ayahnya kerana tidak berpuas hati dengan wasiat yang ditinggalkan, lapor Suara.com semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di @nenk_updatee, seorang lelaki dilihat turun daripada kenderaan membawa tong yang dipercayai berisi minyak tanah sebelum menuju ke arah sebuah tapak kubur.
Apabila tiba di kubur ayahnya, lelaki itu bertindak menyiram kawasan itu dengan minyak dan melemparkan mancis berapi ke atasnya.
Kalau isteri terasa hati. Kadang-kadang suami tak akan faham apa yang ada dalam fikiran isteri. Dia rasa macam tak ada masalah pun atau perkatakan yang mengecilkan hati isteri.
Rupanya, pemahaman antara isteri dan suami tak sama. Itulah bezanya antara lelaki dan perempuan. Anugerah yang Allah berikan pada setiap wanita, dalam satu masa macam-macam kerja dia boleh buat dan fikir. Sedangkan lelaki kena buat satu persatu. Janganlah nak bagi dua tiga kerja.
Mungkin perbezaan inilah buatkan isteri terasa hati. Lain di suruh, lain dibuatnya. Akhirnya isteri juga makan hati, suami pula tak faham apa yang isteri nak.
Tak kiralah apa sekali pun, perkongsian daripada Normaliza Mahadi ini ada betulnya. Suami kekadang kayu dan tak faham. Isteri tak perlulah nak berkias-kias, beritahu dan luahkan, barulah tak ada yang nak merajuk dan terasa hati.
Wanita sekalian alam, bila tersenget hati atau tak puas hati atau marah atau rasa penat dan rasa macam serabut sebab pasangan, jangan merajuk tapi luahkan.
Lelaki ni kadang kayu dari segi memahami body language ataupun perbuatan. Mereka tak berapa faham bukan buat-buat tak faham. Mereka benar-benar tak faham.
Dalam otak dia, semua benda yang dia orang nampak patutnya bercakap atau menerangkan. Bukan macam main teka-teka ayat dengan buat sign language. Bukan.
“Abang, saya nak masak. Abang jaga anak. Jaga anak ni maksudnya anak tak ke dapur cari saya waktu saya masak. Kalau anak nak ke dapur, abang mesti halang dan tanya anak nak apa. Lepas tu abang buatkan. Bukan bagitahu saya. Love you to the moon and back bang”
“Abang, saya penat. Saya nak abang sidai kain ni. Angkat kain yang dah kering dan masukkan dalam bakul merah tepi pintu. Lepas tu abang letak bakul tu tepi bilik depan untuk saya selenggarakan.
“Abang, saya hanya boleh masak satu lauk sahaja. Saya penat sangat hari ni. Abang nak telur masak kicap atau kari ayam? Kalau abang nak dua lauk jugak, tolong saya masak.
“Abang, malam ni saya balik lambat. Anak kita kena mandikan dan teman buat homework. Kalau abang tak teman, dia orang tak buat homework dan esok lambat ke sekolah.
“Abang, saya ok kalau abang balik lambat. Hanya perlu beritahu berapa lambat dalam bentuk jam. Sebab saya perlu rancang nak selenggarakan anak tanpa abang.
Ini semua contoh perbualan yang terang benderang. Tak payah hempas pinggan atau buat muka masam. Dah lah sakit hati tapi suami tak faham.
Mingguan Wanita : Jenis suami yang faham, tak perlu cakap pun dah tahu tanggungjawab. Tapi rasanya tak semua.
Tidak semua pasangan yang berkahwin akan dapat merasai nikmat cahaya mata. Ada suami sanggup ‘hukum’ isteri dengan berkahwin lain semata-mata kerana mahukan zuriat. Jika ditakdirkan bukan rezeki pasangan, masih ada cara lain untuk mendapakan zuriat, walaupun bukan dari benih dan rahim isteri.
Bagaimana dengan suami jenis yang tidak sabar dan mencari pelbagai alasan. Malah, dengan mudah mengambil jalan singkat untuk berkahwin lain. Janganlah cepat menghukum isteri dengan keadaan ini.
Suami ‘Hukum’ Isteri Dengan Berkahwin Lain Kerana Mahukan Pewaris
Ada solusi yang boleh dilakukan dan tidak hanya mencari alasan untuk berpoligami. Mengupas lebih lanjut tentang perkara ini, Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada jawapannya.
“Dalam Islam, ada kebenaran dianjurkan dalam hukum poligami, antaranya apabila situasi isteri tidak dapat melahirkan zuriat. Ini diseimbangkan dengan hukum yang membenarkan fasakh oleh isteri, jika kes situasi suami yang tidak berupaya menghasilkan benih zuriat, atau pun berpenyakit.
“Hukum sebegini adalah panduan dan menjadi solusi apabila timbul situasi begini, ia bukanlah berbentuk hukuman yang wajib dikenakan kepada suami atau isteri. Ada pelbagai cara penyelesaian lain seperti ikhtiar kaedah IVF, menjadikan anak susuan atau anak angkat bagi menggantikan zuriat kita dan sebagainya.
Rasa Bosan
Tidak dinafikan, kadang kala wujud rasa bosan antara suami isteri yang tiada sebarang perubahan dan pertambahan dalam keluarga, berbanding dengan pasangan lain yang riuh di kelilingi tawa anak-anak.
“Jika memerlukan poligami untuk menyelesaikan masalah tiada zuriat, biarlah ia berbentuk keputusan bersama dan untuk penyelesaian. Begitu juga sebaliknya, jika masalah ini disebabkan oleh suami, biarlah fasakh juga dijadikan sebagai penyelesaian dan bukannya alasan yang macam-macam.
Tidak semua alasan zuriat menyebabkan lelaki itu ingin berpoligami. Antara lain:
Isteri sakit dan tidak mampu menunaikan tuntutan hubungan batin.
2. Isteri kurang upaya yang mengganggu hubungan suami isteri.
3. Alasan psikologi pula, dingin dalam hubungan intim, perangai menyakitkan hati sepanjang masa.
4. Isteri ‘queen control’, sombong dan suka menghina suami.
Selamatkah Rumah Tangga?
Mungkin ya, mungkin tidak. Ada poligami menjadi penyelamat dan menambahkan kebahagiaan keluarga.
Namun menurut fitrah manusia, biasanya ia sukar diterima oleh isteri untuk bermadu dan sukar untuk suami berlaku adil dalam membahagiakan kedua-duannya.
Wahai Suami!
Anda sebagai ketua rumah tangga, bertindaklah dengan bijak, berhemah dan berhikmah. Buat pemeriksaan dan cari punca masalah sebenar. Terimalah hakikat dan kelemahan kita. Lakuakan rawatan atau cari penyelesaian yang mungkin boleh menggembirakan hati bersama.
1.Nikah adalah ikatan dan memerlukan banyak pengorbanan dalam hidup bersama.
2.Pujuk diri untuk reda dalam menerima kelebihan dan kelemahan diri dan pasangan kita.
3.Fokus untuk selesaikan masalah yang berlaku, jangan campur aduk dengan perasaan negatif lain. Contohnya, jika isteri menghidap penyakit yang tidak membolehkannya melahirkan zuriat, kita perlulah mencari solusi untuk pulihkan penyakit itu dulu.
4.Beri perhatian untuk aktiviti lain yang menggembirakan tanpa perlu kepada kewujudan anak-anak. Selagi pasangan kita terisi dengan kegembiraan, lebih mudah untuk merawat kesedihan yang dihidapi.
5.Usaha yang dibuat perlulah diiringi dengan doa yang tulus ikhlas dan khusyuk, sinergikan doa bersama suami isteri, moga lebih mudah termakbul.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas suami Jahidah Nordin yang membelasah isterinya hingga koma. Keputusan ini menjadi peringatan tegas terhadap keganasan rumah tangga.