Nahas Pelajar UPSI! Pelajar Akui Bas Dipandu Laju, Dakwa Potong Garisan Berkembar. Nahas bas ekspres melibatkan 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang di terbalik di Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding mengorbankan 15 nyawa tidak berdosa.
Bas yang disewa khas untuk membawa pulang pelajar ke UPSI dari Jerteh terlibat dalam kemalangan selepas terlanggar belakang sebuah perodua Alza sebelum terbalik dan mengakibatkan 13 pelajar meninggal di tempat kejadian dan dua di hospital. Turut dilaporkan ada 7 pelajar yang masih dirawat di zon merah Hospital Gerik sementara ada yang cedera dan masih menerima rawatan.
Nahas Pelajar UPSI! Pelajar Akui Bas Dipandu Laju
Di sebalik kemalangan terjadi ini, seorang pengguna jalan raya Muhamad Aiman yang turut melalui kawasan nahas mendakwa bas dipandu laju termasuk memotong di garisan berkembar pada jam 12 tengah malam.
“Ada terdetik di hati mesti akan jadi kemalangan sebab bas memotong semua kenderaan dan apa yang saya fikirkan benar-benar berlaku,” katanya yang berkongsi komen sebaik kemalangan berlaku.
Ads
Memetik laporan dikongsi Sinar Harian, seorang pelajar yang berada di dalam bas turut mengesahkan bas dipandu laju termasuk melanggar lopak di jalan raya.
Aleeya Maisarah Azizzani, 21, yang terlibat dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik mengakui sangat sedih saat berkongsi kejadian yang terjadi. Dirinya yang cedera ringan berkata, dirinya mendengar jeritan kawan-kawan yang meminta pertolongan termasuk menyaksikan darah merecik merata-rata tempat kejadian.
“Kami semua berkumpul di Jerteh sekitar jam 9 malam. Sekitar sembilan lebih bas mula bergerak. Masa di Tanah Merah, saya ada bau tayar hangit tapi kawan-kawan lain ada dah bau di Jerteh lagi.
Ads
Ramai Tak Tidur Sebab Risau
“Semasa di Jeli, bas ada melanggar lopak air dan hampir terjatuh ke kanan. Saya duduk belah kanan dan rasa berdebar ketika itu. Lepas kejadian tu, bas bawa slow sikit sebelum memecut kembali. Sampaikan sampai semua orang risau sangat. Tiba di satu selekoh bas terus terbabas ke kiri sebelum saya dengar jeritan kawan-kawan yang meminta tolong.
“Saya nak tolong tak dapat sebab belakang saya sakit sangat,” katanya yang menangis sewaktu berkongsi kejadian menyayat hati ini.
Ads
Dalam pada itu, saksi orang memaklumkan, kebanyakan pelajar selepas kemalangan ini, dilihat ada yang menangis kesakitan, ada yang meraung dan ada juga yang setia menemani rakan yang sudah tidak bernyawa.
Suasana ahli keluarga yang menunggu di Hospital GerikBarang-barang milik pelajar terlibat tragedi. Foto :- BERNAMA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelajar autistik raih keputusan cemerlang STPM. Tahniah diucapkan buat para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang .
Pagi tadi Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, angka itu merupakan peningkatan 0.01 mata daripada 2.84 yang direkod pada tahun sebelumnya. Selain itu, beliau berkata, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus meraih PNGK 4.00, iaitu peningkatan 150 calon berbanding 2023.
Seperti mana dilaporkan Kosmo Online! Seorang pelajar autistik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang telah mendapat keputusan cemerlang. Pelajar tersebut telah meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Alam Haikal Jansari Anuar turut mendedahkan dirinya sentiasa istiqamah dalam melaksanakan amalan harian dengan melakukan solat tahajud dan membaca al-Quran. Selain itu dirinya juga memberi tumpuan di dalam kelas dan proses mengulang kaji pelajaran.
Selain itu ibu Alam Haikal, Norlaila Ismail juga berasa sangat bersyukur dan memberitahu dirinya sentiasa mendoakan terbaik buat anakya itu.
“Sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Alam Haikal. Saya membesarkan tiga anak orang kurang upaya termasuk Alam Haikal,” terang Norlaila yang sangat berharap Alam Haikal dapat menyambung pengajian ke menara gading.
Beri Fokus Sepenuhnya
Alam Haikal juga menjelaskan dirinya mengulangi kaji setiap mata pelajaran selama enam jam yang dibahagikan kepada dua sesi.
“Sesi pertama bermula pukul 3 pagi hingga 6 pagi seterusnya pada pukul 4 petang hingga 7 malam.
“Saya akan memberi fokus yang penuh kepada setiap mata pelajaran tidak kira semasa berada di dalam kelas atau semasa proses mengulang kaji,” ungkapnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata, status whatsApp terakhir jadi petanda. Perjalanan yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan bertukar menjadi peristiwa hitam apabila lima sekeluarga terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, tengah malam semalam.
Tragedi ini bukan sekadar satu kemalangan ngeri, ia meragut nyawa satu pasangan suami isteri muda bersama tiga adik ipar mereka, sekali gus menghancurkan harapan dan kebahagiaan sebuah keluarga yang merancang untuk berhari raya bersama sanak saudara di kampung.
Mangsa-mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut bagi menghadiri kenduri korban keluarga. Mereka ialah Muhammad Ikmal Ishak, 26, pemandu kenderaan dan suami kepada Nur Arfiqah, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, isteri Ikmal dan tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21, Mohamad Azizul, Hakimi Aziz Jaafar, 19 dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17
Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah Toyota Alphard. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ibu kepada empat daripada mangsa, Zaini Noh, 52, menyatakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Beliau beberapa kali melarang anak-anaknya untuk pergi, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri tidak sihat dan tidak dapat menyertai perjalanan itu.
“Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka bersungguh-sungguh sangat nak pergi.”
Namun dek keinginan untuk bersama keluarga dan menyertai kenduri korban yang dianjurkan oleh bapa saudara mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu pasangan itu telah bertolak sehari lebih awal menaiki dua lagi kenderaan.
Kali terakhir Zaini melihat anak-anaknya ialah pada hari Selasa, apabila mereka datang mengambil barang sebelum bertolak. Mereka semua kelihatan ceria, tanpa menunjukkan sebarang petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.
Beliau mengingati kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya, bahawa anak ketiganya, Mohammad Zulkifli, sempat membelanja 10 orang kawannya makan nasi bungkus sebelum bertolak. Tindakan itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati mereka yang mengenalinya.
“Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa… saya tak sangka itu kali terakhir.”
Abang kepada Muhammad Ikmal, Muhammad Ridzuan Ishak, 33, masih terkesan dengan apa yang dilihatnya pada malam kejadian. Sekitar jam 10 malam, beliau sempat melihat status WhatsApp adiknya yang berbunyi:
“Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya.”
Kata-kata itu yang pada mulanya dianggap biasa, rupa-rupanya menjadi petanda bahawa perjalanan malam itu adalah yang terakhir buat mereka berlima.
Ridzuan yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada hari Rabu, ketika semua adik-beradik berkumpul di Taman Malar, Tambun, Perak. Ia merupakan pertemuan yang tidak disangka akan menjadi kali terakhir mereka berjumpa.
“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Saya tergamam bila terima berita.”
Berita kemalangan diterima keluarga dalam suasana yang sangat mengharukan. Ridzuan menerima panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya sekitar jam 1.30 pagi. Pada mulanya beliau tidak percaya, namun setelah mendapat penjelasan, hatinya luluh dan tidak mampu berkata apa-apa.
Sementara itu, Zaini dan suaminya menerima berita itu melalui jiran mereka yang menghubungi dan memberitahu tentang kemalangan. Namun, berita sebenar bahawa semua anaknya telah meninggal dunia hanya diketahui kemudian. Detik itu menghancurkan hati seorang ibu yang baru sahaja melihat anak-anaknya ceria beberapa jam sebelumnya.
“Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal. Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada.”
Pada mulanya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, namun atas permintaan keluarga mentua arwah, jenazah kelima-lima mangsa akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Bota Kanan pada hari Sabtu, dalam suasana penuh pilu. Sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima insan yang pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Kini, Zaini dan suaminya hanya tinggal dua orang anak, anak sulung dan anak bongsu. Walaupun berat, mereka memilih untuk reda dengan takdir Tuhan.
“Apa saya boleh kata… saya reda,” ujar Zaini dalam esak tangis yang ditahan, menunjukkan ketabahan luar biasa seorang ibu yang kehilangan hampir seluruh isi rumahnya dalam sekelip mata.
Beli set cadar dan bunga jasmine warna putih, arwah Nor Ayuni macam dapat rasa dia nak pergi selamanya. Tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah menggemparkan negara dan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.
Salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut ialah Nor Ayuni Maslan, seorang pelajar yang dikenali sebagai adik bongsu yang penyayang dan bertanggungjawab dalam keluarganya.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh pengguna @yoeikhlas7 abang kepada arwah Ayuni menceritakan permintaan terakhir adiknya sebelum pergi buat selamanya.
“Permintaan terakhir adik bongsu saya, dia nak serba putih sebelum dia pergi buat selamanya. Dia order 2 hari nak raya, sampai lambat sedikit sebelum dia pergi buat selamanya”
Ramai warga maya yang tersentuh dengan kisah ini dan meluahkan rasa sedih serta mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mereka juga berkongsi bahawa kadangkala seseorang yang bakal pergi dapat merasakan saat-saat terakhirnya, namun tidak mampu untuk meluahkan perasaan tersebut.
Manakala menerusi perkongsian pengguna TikTok @iedah_muhamad wanita ini berkongsi video ketika berkesempatan melawat rumah arwah Nor Ayuni.
Kisah Ayuni ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang dan sentiasa bersedia menghadapi ketentuan Ilahi. Semoga arwah Nor Ayuni Maslan ditempatkan di syurga Firdaus dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...