Detik Pilu Nahas Maut Ayer Baloi

Tidak sampai setengah jam selepas berpisah, Norfaqeah Oney, 25, menerima petanda yang tidak pernah dijangka suaminya, Mohd Aqil Naim Mohamad Tahar, 33, merakam satu pesanan suara namun belum sempat menghantarnya. Itulah detik yang menghantui dirinya selepas mengetahui lelaki itu terlibat dalam nahas maut di Kilometer 3.3, Jalan Ayer Baloi–Bukit Batu awal pagi Isnin.

Nahas Maut Ayer Baloi: Detik Pilu Terakhir Suami Yang Tidak Disangka

“Tak sampai 15 minit kami berpisah, saya nampak dia rakam pesanan suara di telefon bimbit tapi tak sempat dihantar,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.

Nahas Maut Ayer Baloi: Detik Pilu Terakhir Suami Yang Tidak Disangka

Pertemuan Terakhir Yang Sarat Makna

Menurut Norfaqeah, pertemuan terakhir mereka berlaku sekitar 1.20 pagi di rumah ibu mertuanya di Kampung Puteri Menangis. Ketika itulah suaminya bersedia untuk keluar bekerja di Bandar Pontian.

Dia mengakui layanan suaminya sebelum berpisah terasa luar biasa, namun tidak menyangka ia adalah tanda terakhir.

“Sebelum berpisah, suami salam dua kali, peluk dan cium saya beberapa kali. Dia cakap ‘hati-hati’ sebelum saya bergerak. Memang terasa pelik, tapi tak sangka itu pertemuan terakhir kami.

Nahas Maut Ayer Baloi: Detik Pilu Terakhir Suami Yang Tidak Disangka

“Sesampai jam 1.40 pagi, saya lihat di telefon bimbit saya, suami merakam pesanan suara di telefon, namun pesanan suara itu tidak dihantar.

Ads

“Jam 1.52 pagi saya sempat tanya kepada suami mengenai pesanan suara itu, tetapi tidak dibalas,” katanya.

Tragedi Menyusul Selepas Pesanan Suara

Segala kerisauan bertukar tragedi apabila pada jam 3.20 pagi, dia menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan suaminya sudah terlibat dalam kemalangan.

Jenazah Mohd Aqil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Tengah Benut selepas solat Johor.

Nahas Maut Ayer Baloi: Detik Pilu Terakhir Suami Yang Tidak Disangka

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata, Mohd Aqmar Fayyaz, 3, dan Norqaseh Fiona, 11 bulan. Lebih memilukan, keluarga kecil itu sebenarnya sedang membuat persiapan untuk sambutan hari lahir anak bongsu pada 6 Disember serta majlis akikah pada 14 Disember.

Ads

“Kad jemputan dah siap, hadiah pun dah sedia, semua perancangan saya dan arwah sudah kami lakukan sejak bulan lepas, tapi hasrat arwah tak kesampaian,” ujar Norfaqeah.

Siasatan Awal Berkaitan Nahas Maut Ayer Baloi

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.30 pagi, melibatkan sebuah Honda Civic.

“Hasil siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan bergerak dari Parit Panjang menuju ke Ayer Baloi sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke parit di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikur Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Nahas Maut Ayer Baloi: Detik Pilu Terakhir Suami Yang Tidak Disangka

Ads

Kesedihan Yang Tidak Terungkap

Dalam suasana hiba di Unit Forensik, Norfaqeah hanya mampu mengenang semula detik-detik terakhir yang kini menjadi memori paling berat dalam hidupnya. Dia tidak menyangka pesanan suara yang tidak sempat dihantar itu boleh menjadi simbol perpisahan yang tidak dirancang.

Menurut ahli keluarga terdekat, arwah seorang yang penyayang, rajin membantu, dan tidak pernah mengeluh meskipun bekerja pada waktu malam. Mereka turut berkongsi bahawa arwah begitu teruja menantikan sambutan hari lahir anak bongsu dan majlis akikah yang dirancang sejak sebulan lalu.

Sumber: Sinar Harian dan Sinar Harian 1

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI