Nafi Dibuli, Pelajar IKBN Miri Maklum Hanya Gurauan – Polis. Seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang tular dalam rakaman video di media sosial memperlihatkan beliau seolah-olah menjadi mangsa kekerasan fizikal, menafikan dirinya dibuli.

Nafi Dibuli, Pelajar IKBN Miri Maklum Hanya Gurauan – Polis

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pelajar itu bersama ibu dan bapanya telah hadir ke balai polis untuk menjelaskan bahawa kejadian itu hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September lalu, tanpa unsur paksaan atau penderaan.

“Sehubungan itu, polis telah memanggil pegawai institut berkenaan, ibu bapa serta semua pelajar berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun yang terbabit dalam rakaman video itu untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.

“Polis akan terus memantau perkembangan kes ini, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya muncul laporan atau bukti baharu yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nafi Dibuli, Pelajar IKBN Miri Maklum Hanya Gurauan – Polis Nafi Dibuli, Pelajar IKBN Miri Maklum Hanya Gurauan – Polis Nafi Dibuli, Pelajar IKBN Miri Maklum Hanya Gurauan – Polis

Mohd Farhan berkata, pihak IKBN Miri juga telah mengesahkan kejadian berlaku dalam kawasan kampus dan pihak institut juga memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar terbabit.

Ads

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, sebaliknya menyalurkan maklumat relevan terus kepada polis bagi tindakan sewajarnya.

Sebelum ini satu rakaman video berdurasi 13 saat telah tular di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.

Ads

Video itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat serta spekulasi berhubung kemungkinan berlaku kejadian buli.

Sumber: Bernama dan Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ads

Baca artikel lain juga: Tular Video Pelajar Dihayun Alat Sulit Ke Tiang Papan Tanda Bergurau Melampau Juga Satu Bentuk Buli Dr Asyraf Wajdi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER YOUTUBE 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI