#MWTV Bahaya Mak Tidur Sekatil Dengan Anak, Doktor Ini Terang Risikonya

Ada setengah mak ayah yang tak asingkan tempat tidur dengan anak kecilnya. Sebaliknya mak ayah atau mak saja tidur sekatil dengan anak. Bahaya sebenarnya pilihan amalan sebegini ya mak ayah.

Ini yang Prof Madya Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip (Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terang mengenai mak yang trauma untuk mengasingkan tempat tidur dengan anak.

Amalan Mak Tidur Sekatil Dengan Anak, Buat Langkah Keselamatan Ini

Pertama : Letak Katil Bayi Bersebelahan Mak

Sekiranya mak bimbang keselamatan anak tidur berasingan dengannya, mak boleh letakkan katil bayi bersebelahan atau berdekatan dengan katil mak. Letak rapat, jadi mak boleh tengok anak kecilnya dengan lebih kerap.

Kedua : Jangan Sesekali Tidur Bersama Bayi Atas Sofa

Ini paling bahaya sekali. Ruang sofa tidaklah besar mana, risiko nak tertindih anak bila mana ibu tak sedar ‘tidur mati’ amatlah tinggi. Sebaiknya ibu bentang saja tilam nipis atau toto atas lantai. Dan ibu boleh letakkan anak di atasnya. Jarakkan sedikit kedudukan anda dengan anak untuk elakkan kejadian luar sedar anda.

IKLAN

Ketiga : Pastikan Tiada Aksesori Dalam Katil Bayi

Bantal jenis tebal atau permainan bayi tak perlu dimasukkan sekali dalam katil bayi anda. Bimbang, tertimpa atas bayi ketika anda tak sedar atau tertidur. Sebaiknya biarkan saja tilam yang empuk dan bantal nipis untuk keselamatan bayi anda.

Keempat : Letak Bantal Di Antara Mak Dan Bayi Pun Tak Selamat

Jangan ingat, dengan meletakkan bantal sebagai penghalang anda mencederakan anak sendiri adalah langkah selamat. Ia masih mengundang risiko dan berbahaya.

IKLAN

Sedutan Perbincangan Topik ‘Ibu Trauma Asingkan Tempat Tidur Anak’ Dalam Mingguan Wanita Talk Show, 20 September 2018

Sumber/Foto : Prof Madya Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip (Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), petikan dari MW Talk Show Mingguan Wanita, 20 September 2018

IKLAN

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI